Sorting by

×

Semua agensi perlu bersatu atasi isu kebersihan negeri

Masa Membaca:1 Minit, 7 Saat

GADEK – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gadek, VP Shanmugam menasihatkan kepada semua agensi terlibat agar bersatu padu dalam memastikan sudut kebersihan negeri terjamin.

Perkara itu perlu dilaksanakan seiring dalam memastikan hasrat negeri Melaka mencapai negeri hijau dan bersih.

Selain itu, katanya, setiap agensi perlu sentiasa cakna dengan kebersihan yang terdapat pada jalan raya merupakan antara faktor yang mampu menggugat keselamatan pengguna jalan raya sekiranya ia dibiarkan.

Menurutnya, dalam lawatannya di jejantas pejalan kaki dan jambatan yang menghubungkan antara Pulau Sebang dan Tampin perlu diselenggara bagi memastikan keselamatan pengguna terjamin.

“Selepas lawatan itu, hasil perbincangan dari setiap agensi terlibat, Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) menerusi Selia Selenggara telah melaksanakan kerja-kerja pembersihan di kawasan berkenaan dan akan melaksanakan secara menyeluruh dari semasa ke semasa.

“Ia termasuklah usaha dalam memotong pokok yang membesar di sebuah anak sungai termasuk belukar yang ada di kawasan berkenaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, beliau menyatakan penghargaannya kepada agensi terlibat yang melaksanakan tindakan segera bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin.

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua agensi yang cakna dengan situasi ini demi kesejahteraan pengguna jalan raya.,” katanya.

Terdahulu beliau turun padang melawat jejantas menyeberangi laluan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menghubungkan Pulau Sebang dan Tampin yang tidak diselenggara dengan baik pada 20 Julai lalu kini telah diselesaikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1045
Kongsi :
Previous post Lakukan pemeriksaan kesihatan setahun sekali
Next post Rang Undang-Undang berkaitan larangan lompat parti dibentang hari ini
Ubah saiz-+=