
Semua PPS ditutup, mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah
ALOR GAJAH 14 Ogos – Kesemua mangsa banjir di daerah Alor Gajah dibenarkan pulang ke rumah selepas bencana banjir yang berlaku sejak Ahad kini sudah pulih.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan PPS terakhir iaitu Balai Raya Seri Jeram ditutup pada jam 2 petang tadi.
“Seramai 11 mangsa terakhir yang sebelah ini ditempatkan di Balai Raya Kampung Seri Jeram telah dibenarkan pulang pada jam 2 petang tadi selepas banjir di kawasan mereka kembali pulih,” kata kenyataan itu.
Pada Ahad, hujan lebat berterusan dari pagi hingga ke malam menyebabkan beberapa kawasan di Parlimen Masjid Tanah dan Alor Gajah dinaiki air.
Antara yang terjejas teruk adalah Pekan Masjid Tanah dan Lubok China selain beberapa kawasan di Kuala Linggi dan Rembia.
Sepanjang tempoh itu, sebanyak sembilan PPS telah dibuka dan mangsa tertinggi direkodkan berada di PPS ialah pada Isnin lalu iaitu seramai 419 orang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
USIA BUKAN HALANGAN, ‘TOK RAUF’ TERUS BERJUANG UNTUK RAKYAT
TANJUNG BIDARA 14 September - Meniti usia yang bakal mencecah 65 tahun bukan alasan buat Ketua Menteri Datuk Seri Utama...
MELAKA ANGKAT ILMU FALAK SEBAGAI AGENDA TVET
TANJUNG BIDARA 14 September - Kerajaan Negeri mengangkat ilmu Falak sebagai antara silibus dan elemen dalam agenda Pendidikan dan Latihan...
MASYARAKAT DI HATI MPAG, SANTUNI ORANG KAMPUNG LONDANG
TANJONG BIDARA 14 September - Program Masyarakat Di Hati MPAG diteruskan bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Parlimen Masjid...
KOMPLEKS FALAK AL-KHAWARIZMI PRODUK EDUPERLANCONGAN UNIK MELAKA
TANJUNG BIDARA 14 September - Kompleks Falak Al-Khawarizmi bakal diperkasakan sebagai antara produk edupelancongan unik Melaka menerusi usaha berterusan Kerajaan...
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR
MELAKA NEGERI DIGITAL, URUSAN BAYI HINGGA WARGA EMAS LEBIH LANCAR TANJUNG BIDARA 14 September - Kaedah pengurusan rakyat bermula bayi...
KARNIVAL FALAK TARIK LEBIH 7,000 PENGUNJUNG
TANJUNG BIDARA 14 September - Penganjuran sulung Karnival Falak Peringkat Kebangsaan Tahun 2026 mencatat sambutan memberangsangkan apabila lebih 7,000 pengunjung...
