Sorting by

×

SENI SILAT: SIMBOLIK SEMANGAT CINTAKAN SENI WARISAN BANGSA DAN NEGARA

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 8 September – Pertandingan Silat Seni Tradisi Semarak Kemerdekaan ke-68 di Penjara Agro Dusun Dato’ Muradber, di sini, 30 Ogos lalu berlangsung meriah dengan penyertaan lebih 60 pesilat muda dalam kalangan kanak-kanak dan remaja termasuk yang datang dari luar Melaka.

Pengarah program, Wan Huzaiman Wan Hussain berkata, pertandingan itu adalah anjuran Pertubuhan Seni Gayung Fatani Malaysia Cawangan Negeri Melaka dan Kelab Warisan Pendekar Fatani bersempena sambutan Kemerdekaan ke-68 negara selain memperkukuhkan warisan seni silat.

“Pertandingan ini membuka ruang kepada pesilat muda khususnya untuk menyerlahkan bakat mereka selain memupuk nilai-nilai keberanian dan kecintaan kepada negara.

“Alhamdulillah pertandingan turut dimeriahkan peserta dari Kuala Lumpur yang mengambil bahagian dalam tiga kategori iaitu tempur tangan kosong puteri, tempur tangan kosong putera dan silat berpasukan,” katanya.

Wan Huzaiman yang juga, Pengarah Penjara Agro Dusun Dato’ Murad berkata, pertandingan tersebut bukan sahaja menjadi platform untuk memperkasakan seni silat warisan bangsa tetapi menyemarakkan semangat patriotisme.

“Pertandingan yang diadakan bersempena Hari Kebangsaan adalah bagi menzahirkan kecintaan kepada Tanah air melalui seni budaya bangsa.

“Selain acara silat turut berlangsung simulasi sebatan bagi kesalahan jenayah dan syariah selain beberapa pameran iaitu pameran busana serta senjata tradisional,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

521
Kongsi :
Previous post ZAKAT PENDAPATAN REKOD KUTIPAN TERTINGGI, RM50.75 JUTA
Next post SEMAI SEMANGAT PATRIOTISME MENERUSI PROGRAM SAYA ANAK MALAYSIA