Serah maklum balas tiga minggu sebelum pembentangan Bajet 2023 Negeri Melaka – KM

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

SERI NEGERI 21 Oktober – Semua jabatan dan agensi Kerajaan Negeri diminta menyerahkan input dan maklum balas mengenai peruntukan Bajet 2023 Negeri Melaka selewat-lewatnya tiga minggu sebelum pembentangannya pada Disember ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang memuktamadkan inisiatif Bajet 2023 Negeri Melaka yang dijangka dibentangkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) penghujung tahun ini.

Justeru beliau memohon semua ketua jabatan dan agensi peringkat Negeri dan Persekutuan untuk memberikan input dan maklum balas berkaitan kepada Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.

“Segala aduan dan maklum balas itu perlu dihantar selewat-lewatnya tiga minggu sebelum pembentangan.

“Mana-mana maklum balas yang sudah ada itu dan akan diteliti secara terperinci.

“Begitu juga, peruntukan yang disediakan untuk Bajet 2023 itu, saya mohon kepada semua ketua jabatan agar dapat mengambil tindakan yang bersesuaian dengan kadar yang segera,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan.

Pembentangan Bajet 2023 Negeri Melaka antara lima perkara penting dikongsikan Sulaiman kepada penjawat awam Melaka pada perhimpunan berkenaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1689
Kongsi :
Previous post PDRM hulur bantuan kit makanan kepada masyarakat India
Next post PRU15: Polis Melaka tingkat kawalan di ‘lokasi panas’
Ubah saiz-+=