
PRU15: Polis Melaka tingkat kawalan di ‘lokasi panas’
BANDA HILIR 21 Oktober – Polis Melaka akan meningkatkan kawalan di lokasi ‘kerusi panas’ sepanjang proses Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata pihaknya sudah mengenal pasti antara lokasi yang akan menjadi tumpuan pada PRU15 itu nanti.
“Kerusi panas? Polis Melaka telah kenal pasti, kita akan pastikan kawasan itu tenteram dan tidak berlaku kekecohan.
“Kita galakkan untuk orang awam keluar mengundi, jangan takut. Soal keselamatan serah kepada pihak polis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Program Kempen Cegah Jenayah dan Walkabout Sempena Perayaan Deepavali 2022 di Padang Nyiru, Little India, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri, V P Shanmugam.
Untuk rekod, PRU15 di Melaka akan menyaksikan sebanyak enam kerusi Parlimen dipertandingkan iaitu Alor Gajah, Masjid Tanah, Hang Tuah Jaya, Jasin, Kota Melaka dan Tangga Batu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TINDAKAN SMK SUNGAI RAMBAI TUTUP PAGAR DIPERSETUJUI PIBG
PENGKALAN BATU 18 Mei - Jabatan Pendidikan Negeri Melaka mempertahankan tindakan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Rambai menutup pintu pagar...
PEMERKASAAN TVET ELAK PENGHIJRAHAN BELIA MELAKA
TABOH NANING 18 Mei - Pelaksanaan dasar, perancangan dan pelaburan yang masuk ke negeri ini mesti memberikan manfaat kepada rakyat termasuk...
JANGAN RASA KERDIL TETAPI BANGGA JADI GRADUAN TVET
TABOH NANING 18 Mei - Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) umpama 'jambatan emas' yang bukan sahaja menentukan hala...
MENARA TAMING SARI TAWAR DISKAUN ISTIMEWA SEMPENA ULANG TAHUN KE-18
BANDA HILIR 18 Mei - Bersempena sambutan ulang tahun operasinya yang ke-18 Menara Taming Sari menawarkan diskaun istimewa kepada pengunjung...
TERNAK LEMBU ‘IC BIRU’
MACHAP JAYA 18 Mei - Berpegang kepada tekad mahu memastikan pembeli memperoleh daging lembu segar dengan harga berpatutan dan berkualiti...
TUKAR BARANG JADI DUIT DI JASIN, 23 MEI INI
JASIN 18 Mei - Budaya kitar semula terus diperkasakan di Jasin menerusi Program 'Asal Barang Jadi Duit' yang akan diadakan...
