Pentadbiran jabatan, agensi Persekutuan di Melaka berjalan seperti biasa

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 21 Oktober – Pentadbiran jabatan dan agensi Persekutuan di Melaka berjalan seperti biasa menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang diadakan pada 19 November ini.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, PRU15 yang diadakan itu hanya membabitkan enam Parlimen dan tidak melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri ini.

“Justeru, pentadbiran jabatan dan agensi Persekutuan di negeri ini tetap berjalan seperti biasa,” katanya ketika berucap dalam Majlis Perhimpunan Bulanan Pentadbiran Negeri Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta ketua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dan negeri.

Mengulas lanjut, beliau berkata menjelang PRU15, semua penjawat awam negeri perlu melaksanakan peranan dan tanggungjawab untuk memilih kerajaan di peringkat Persekutuan.

Katanya, beliau yakin semua penjawat awam negeri semakin matang untuk membuat penilaian secara bijaksana untuk melaksanakan tanggungjawab itu.

“Walau apapun yang berlaku, saya meminta kepada anda semua agar kekal istiqamah dengan komitmen untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab
kepada rakyat dan Negeri Melaka.

“Semua perlu sentiasa memberikan sokongan dan berkhidmat kepada kepimpinan Kerajaan Persekutuan yang akan dipilih nanti secara profesional dan neutral,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1629
Kongsi :
Previous post PRU15: Polis Melaka tingkat kawalan di ‘lokasi panas’
Next post Selesaikan aduan rakyat segera, elak timbul persepsi rakyat
Ubah saiz-+=