Selesaikan aduan rakyat segera, elak timbul persepsi rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 21 Oktober – Semua aduan dibuat rakyat perlu diselesaikan dengan kadar segera bagi mengelakkan persepsi negatif rakyat terhadap kerajaan.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia sekali gus memastikan perkara berbangkit mengenai aduan rakyat itu tidak dijadikan modal politik pihak tertentu terutama menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Katanya, semua ketua jabatan dan agensi peringkat negeri dan Persekutuan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT) menyelesaikan aduan yang tertunggak dengan kadar segera.

“Saya tidak mahu akibat kelewatan atau kegagalan menyelesaikan aduan-aduan ini, timbul persepsi negatif rakyat kepada Kerajaan Negeri, hingga akhirnya dijadikan modal politik oleh pihak tertentu untuk menyalahkan pentadbiran Kerajaan Negeri menjelang PRU15 tidak lama lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentabdiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta ketua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dan negeri.

Sulaiman berkata, aspek perkhidmatan awam kini beralih kepada revolusi pendigitalan sekali gus memudahkan rakyat untuk menjadi pihak berkepentingan paling besar untuk menikmati ekosistem lebih kondusif.

“Dalam hal ini, bukan sahaja aspek perkhidmatan awam dapat disediakan lebih cepat, malah semua aduan awam juga kini boleh diterima dengan pantas, seterusnya diselesaikan dengan lebih cepat dan berkesan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2109
Kongsi :
Previous post Pentadbiran jabatan, agensi Persekutuan di Melaka berjalan seperti biasa
Next post Berbelanja secara berhemah – KM
Ubah saiz-+=