
Berbelanja secara berhemah – KM
SERI NEGERI 21 Oktober – Kadar inflasi di Melaka yang merekodkan 3.7 peratus pada Julai 2022 lalu mengakibatkan kenaikan harga barangan di negeri ini.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, keadaan itu sekali gus mendatangkan bebanan kepada rakyat terutama golongan berpendapatan rendah atau B40.
Katanya, dalam hal itu, beliau turut menegaskan pentadbiran Kerajaan Negeri supaya melaksanakan polisi kewangan lebih berhemah.
“Hal ini selaras dengan langkah dan pendekatan dilaksanakan di peringkat
Kerajaan Persekutuan seperti dinyatakan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentabdiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.
Hadir sama Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta ketua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dan negeri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA BERSEDIA MENJADI LOKASI PENGANJURAN ‘LIMA’
KLEBANG 30 Ogos - Melaka bersedia memikul tanggungjawab sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) sekiranya diberikan...
FESTIVAL SUNGAI MELAKA BAKAL ‘GEGAR’ ALOR GAJAH
SERI NEGERI 30 Ogos - Festival Sungai Melaka 2026 bakal menggegarkan daerah Alor Gajah menerusi tiga program menarik di tiga...
INSAN SUMBANG BAKTI PERKASA SYIAR ISLAM TERIMA PENGIKTIRAFAN
KLEBANG 30 Ogos - Tidak semua insan yang berjasa berada di pentas atau dikenali masyarakat, namun sumbangan mereka dalam memperkasa...
MELAKA BERSELAWAT: MALAM PENUH KEBERKATAN, KEBERSAMAAN – AB RAUF
KLEBANG 30 Ogos - Ketika sambutan bulan kemerdekaan lazimnya diserikan dengan pelbagai acara dan kemeriahan, Melaka memilih pendekatan berbeza dengan...
10,000 UMAT ISLAM MERIAHKAN MELAKA BERSELAWAT
KLEBANG 30 Ogos - Lebih 10,000 umat Islam hadir menghidupkan Majlis Melaka Berselawat sempena Sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka...
BUSANA UNIK TARUHAN MPHTJ PERTAHAN KEJUARAAN PERBARISAN
KLEBANG 29 Ogos - Penampilan unik menerusi busana dan elemen hiasan berbeza menjadi taruhan kontinjen Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya...
