Siap siaga dan bersedia awal hulur bantuan kepada mangsa banjir – KM

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 21 Oktober – Semua jentera pengurusan di setiap peringkat terutama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sentiasa bersiap siaga
dan bersedia lebih awal bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberi lebih awal.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, perubahan iklim dunia sekarang tidak menentu dan sukar dijangka yang mana banjir berlaku tidak lagi berlaku pada musim tengkujuh malah hampir sepanjang tahun.

Berikutan itu, katanya semua agensi dan jabatan terlibat perlu bersiap siaga sepanjang masa termasuk merancang dan menyelaras tindakan penyelamat dan mitigasi kesan bencana alam terutama berkaitan banjir.

“Berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Monsun Timur Laut dijangka bermula pada November 2022 hingga Mac 2023.

“Justeru itu, saya amat berharap jentera pengurusan bencana di setiap peringkat terutama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sentiasa bersiap siaga dan bersedia lebih awal bagi memastikan bantuan kepada mangsa dapat diberi lebih awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Pentabdiran Kerajaan Negeri Melaka di sini, hari ini.

Hadir sama Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) serta ketua jabatan dan agensi peringkat Persekutuan dan negeri.

photo_2022-10-21_10-56-01

Mengulas lanjut, beliau berkata dari segi aspek lain termasuk sokongan aset, penugasan sumber manusia dan kemudahan serta pusat pemindahan sementara (PPS) perlu berada pada tahap optimum bagi menghadapi musim terbabit.

“Ia agar tindak tindak balas serta bantuan kepada mangsa-mangsa dapat diberikan dengan teratur dan lancar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1827
Kongsi :
Previous post Berbelanja secara berhemah – KM
Next post Kerja-kerja pengorekan, selenggara jalan di Melaka dihentikan sementara
Ubah saiz-+=