Siasat punca guru tertekan dan murung – KM

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

SERI NEGERI 27 Julai – Kerajaan negeri mahu Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka menyiasat punca sebenar 648 guru bersara awal kerana menghadapi tekanan dan kemurungan seperti yang dimaklumkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka semalam.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, beliau memandang serius dengan isu yang berlaku itu dan memahami tugas guru pada zaman kini sangat mencabar ekoran sistem pendidikan yang berbeza.

“Isu guru tertekan dan menghadapi kemurungan ini di peringkat negeri saya akan minta pihak yang berkaitan terutamanya Jabatan Pendidikan Negeri untuk melihat perkara ini dan memaklumkan kepada saya apa yang boleh pihak kerajaan negeri ketengahkan kepada kerajaan pusat.

“Saya mengambil serius akan bebanan yang ditanggung guru kini kian mencabar dan akan menyiasat lebih 648 guru yang menghadapi tekanan dan kemurungan antara punca guru-guru ini berhenti awal akibat tidak tahan dengan bebanan kerja,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Persidangan Ketiga Penggal Pertama DUN Melaka ke-15 di sini hari ini.

Semalam, DUN dimaklumkan oleh Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata seramai 648 daripada 13,976 guru di negeri ini dikenal pasti menghadapi tekanan dan kemurungan ketika berkhidmat menyebabkan sebahagian besar daripada mereka mengambil keputusan bersara awal.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata beliau memahami tekanan yang dihadapi guru-guru kini kerana tugas-tugas yang diberikan susulan sistem dan ko-kurikulum pembelajaran yang berbeza dari sistem sebelum ini.

“Saya difahamkan guru juga dikehendaki berada di sekolah untuk tempoh yang lama, kalau sesi persekolahan tamat jam 1 petang, guru-guru tidak dibenarkan pulang lagi kerana perlu menyiapkan tugasan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1111
Kongsi :
Previous post Tidak mudah kendali YB ‘otai’ – Dira
Next post Bukti kerajaan stabil -KM
Ubah saiz-+=