Sigma Replacement Band imbau rock kapak

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

AYER KEROH 10 Januari – Perjuangan rock kapak 80-an diteruskan oleh Sigma Replacement Band dengan menampilkan album baharu berjudul ‘Selembut Suara Kirana’.

Sigma Replacement Band adalah gabungan beberapa kumpulan rock kapak popular seperti Analogi, Seroja dan waris line-up band SYJ atau Sofea.

Kumpulan ini dibarisi Jai (bass), Akim Analogi (dram), Pejal Seroja (gitar), Baihaqi (gitar utama) dan Amy Sigma (gitar kedua).

Album dengan 11 lagu itu dimuatkan dalam cakera padat (CD) dan diadaptasikan daripada novel nukilan Rossa dan Nurin Natasya yang menceritakan mengenai perjalanan hidup pemuzik berkumpulan.

Whatsapp Image 2024 01 10 At 1.41.13 Pm
NOVEL yang menceritakan tentang perjalanan pemuzik.

Amy Sigma atau nama sebenarnya Mohd Rozaimi Mohd Zaini, 47, ketika ditemui Melaka Hari Ini berkata perjalanan sebagai pemuzik memerlukan satu semangat berpasukan yang kuat.

“Pada asalnya kumpulan ini diberi nama Sigma pada tahun 1996 kemudian bertukar kepada Projek S dan akhirnya nama sekarang ini yang baharu dilancarkan tahun lalu.

“Bagaimana timbulnya nama ‘Sigma Replacement Band’ adalah kerana setiap ahli dalam kumpulan ini berkebolehan memainkan semua alat muzik sama ada dram, gitar dan bass.

“Apa yang kami bawakan adalah ‘vibes’ 80an yang mana mampu menggamit nostalgia kegemilangan zaman rock kapak,” katanya.

Menurut Amy, naskhah terbaharu itu didatangkan dalam bentuk pakej material tiga dalam satu iaitu novel, CD dan t-shirt yang dihasilkan khusus untuk para peminat lagu era 80an.

Whatsapp Image 2024 01 10 At 1.41.12 Pm
PEMINAT yang membeli novel akan menerima CD album ‘Selembut Suara Kirana’ serta t-shirt Sigma Replacement.

“Sambil membaca novel, bolehlah berhibur dengan mendengar lagu dalam CD ini seperti Bosan, Hasrat, Kehancuran, Persembahan Citraku, Haluan Keinsafan, Gegar, Putar, Bagai Malam, track bonus Kasih Suci by Baihaqi dan Instrumental Beradu yang menampilkan Nafie Spider.

“Dalam kumpulan ini semua boleh menyanyi, jadi tidak perlu risau jika ada antara ahli kami yang kurang sihat dan tidak dapat datang berlatih atau membuat persembahan,” katanya.

Katanya, hasrat untuk muncul kembali dengan nama kumpulan baharu itu adalah untuk berkongsi rezeki sesama ahli.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1066
Kongsi :
Previous post Pusat Kecemerlangan TVET perkasa pendidikan kemahiran
Next post MPJ ‘ceriakan’ pintu masuk, naik taraf tandas, medan selera
Ubah saiz-+=