
SIJIL ‘MC’ HILANG KEJADIAN TAHUN LEPAS
AYER KEROH 2 April – Rakaman video tular mendakwa berlaku kehilangan sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di Sungai Udang bukan kes yang berlaku baru-baru ini.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri mengesahkan kejadian itu, namun menjelaskan ia berlaku pada tahun lepas.
“Video yang tular adalah kejadian tahun lepas dan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka telah mengambil tindakan.
“Laporan polis juga telah dibuat semasa kejadian ini berlaku pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita.
Baru-baru ini tular rakaman video di aplikasi TikTok oleh seorang individu yang mendakwa sijil cuti sakit di sebuah klinik kesihatan di negeri ini hilang menjelang Hari Raya.
Individu yang dikenali sebagai ‘Abang Panda’ memaklumkan sijil cuti sakit yang hilang itu bernombor siri AZ537001 hingga AZ537050 dan berdasarkan gambar yang dimuat naik notis itu dikeluarkan oleh Klinik Kesihatan (KK) Sungai Udang.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BUKTI ORANG ASAHAN SAYANG TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - Kehadiran ribuan rakyat memeriahkan siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menjadi...
AGENDA SEJAHTERAKAN ASAHAN BELUM BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Tamatnya siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan bukan bermakna komitmen...
TOK RAUF PUJI KOMITMEN YB ALONG SANTUNI 32,000 WARGA ASAHAN
ASAHAN 23 Ogos - Komitmen Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan, Datuk Fairul Nizam Roslan atau lebih mesra dikenali sebagai...
‘KENAPA MELAKA TAK RELAKS?’ INI KATA TOK RAUF
ASAHAN 23 Ogos - "Tok Rauf, apa yang tak relaks sangat Melaka ni... Ketua Menteri sendiri pula turun dari satu...
MELAKA TERUS PERKASA SEKTOR KOMUNITI, KESIHATAN
MACHAP JAYA 23 Ogos - Sektor komuniti dan kesihatan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya antara yang mendapat perhatian...
‘PEMIMPIN TIDAK BOLEH DUDUK ATAS KAYANGAN, KENA JENGUK RUPA PARAS BUMI’ – AB RAUF
ASAHAN 23 Ogos – "Seorang pemimpin, dia tidak boleh duduk atas kayangan. Orang kata dia tak tahu bumi ni bagaimana...
