Sistem perparitan dan tali air punca banjir

Masa Membaca:57 Saat

PENGKALAN BATU 22 Jun – Pihak berwajib diminta untuk menangani isu ketiadaan sistem perparitan dan tali air di sekitar kawasan Kampung Sarang Helang, Bachang di sini dengan segera.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Batu, Datuk Kalsom Noordin berkata tindakan segera diperlukan bagi mengatasi isu banjir yang dijangka boleh berlaku pada setiap musim hujan di kawasan terbabit.

Katanya, perkara itu menyebabkan beberapa petani yang menjalankan aktiviti pertanian penanaman pisang.

“Kita memohon tindakan segera daripada pihak Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) Negeri Melaka bagi menyelesaikan isu ini.

“Isu banjir kerana masalah perparitan ini telah menyebabkan tujuh ekar kebun pisang yang diusahakan petani rosak,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya pada 18 Jun lalu.

Mengulas lanjut, Kalsom juga memaklumkan beliau sedang mengusahakan permohonan bantuan daripada Jabatan Pertanian Negeri Melaka bagi membantu perusahaan pertanian yang diusahakan petani tersebut.

Kalsom dalam lawatannya juga sempat meninjau beberapa kawasan dalam Kampung Sarang Helang dan sempat menyantuni beberapa penduduk di kampung tersebut.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Sarang Helang, Yusoff dan wakil pegawai dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Muhammad Syazwan Mohd Najib.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1081
Kongsi :
Previous post Harga siling ayam, telur ayam dan subsidi minyak masak kemasan botol tidak diteruskan
Next post ADUN Klebang santuni warga Kampung Pokok Asam
Ubah saiz-+=