SK Padang Temu terima penarafan tandas lima bintang

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

TELOK MAS 16 Jun- Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu (SEPADU) menerima penarafan Tandas Lima Bintang daripada Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, menerusi laman rasmi Facebooknya menzahirkan rasa bangga atas pencapaian SEPADU.

“Tahniah atas pencapaian dan semoga kebersihan sekolah ini dapat dikekalkan, menjadi ikutan dalam pembudayaan tandas bersih seawa peringkat sekolah serta seterusnya dalam kalangan masyarakat.

“Saya harap sekolah-sekolah lain tidak kira sama ada sekolah kebangsaan atau sekolah menengah dapat mencontohi prestasi SEPADU dalam menjaga kebersihan tandas sekolah mereka,” katanya.

WhatsApp Image 2023-06-15 at 5.59.58 PM
TANDAS SK Padang Temu yang menerima penarafan tandas lima bintang.

Dalam pada itu, MBMB menerusi laman rasmi Facebooknya memaklumkan penarafan tersebut diberikan hasil penilaian dijalankan di sekolah terbabit.

“Pihak MBMB memberi markah sebanyak 99.5 peratus kepada SEPADU kerana memenuhi aspek dan kriteria diunjurkan.

“Antara aspek dan kriteria dinilai adalah berdasarkan keadaan persekitaran, struktur dan penyelenggaraan kebersihan, alat kemudahan sanitar, tunjuk arah selain simbol jantina.

“Manakala kriteria seperti aktiviti pembersihan tandas dan keperluan tambahan turut dinilai,” memetik hantaran tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

6574
Kongsi :
Previous post Polis P.Pinang tahan 38 along
Next post Nilai jualan bazar Ramadan dan Aidilfitri 2023 catat RM2.5 bilion
Ubah saiz-+=