
Skrol arwah suami pembakar semangat anak-anak kami
MERLIMAU 9 Feb – Suasana sedih dan hiba menyelubungi sidang ke lapan Istiadat Konvokesyen Politeknik Merlimau Melaka Ke-19, selapas isteri kepada Allahyarham Azhar Rahman, 39, menerima skrol diploma suaminya.
Azhar graduan Diploma Kejuruteraan Elektrik, meninggal dunia pada 22 Sep 2020 kerana menghidap kanser limfoma.
Isteri Allahyarham Maisharah Omar, 36, berkata, Azhar bbegitu teruja untuk menyambung pengajian ke peringkat diploma selepas ditawarkan kenaikan pangkat.
“Sepanjang pengajian arwah seperti biasa, tidak mengalami masalah kesihatan serius hinggalah kejadian dia terjatuh pada majlis berkhatan anak kami pada 2019.
“Semuanya berlaku dengan pantas dan arwah tidak meninggalkan sebarang pesan berkaitan konvokesyen mungkin kerana menyangka akan kembali sembuh.
“Apakan daya, arwah pergi lebih awal, meskipun sedih tidak dapat melihat suami mengambil sendiri skrol ini tetapi saya bangga dia berjaya menamatkan pengajiannya,” katanya.
Ibu kepada empat anak itu berkata, skrol yang diterima hari ini akan dijadikan contoh buat anak-anaknya untuk berjaya dalam pelajaran.
Turut, menerima skrol pada istiadat sama pelakon dan penyanyi baharu, Muhammad Yassin Mohd Daud, 25, yang Diploma Kejuruteraan Elektrik.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KETUA MENTERI UCAP SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh mengucapkan selamat hari guru kepada semua warga...
‘DAK RAUF TAK LUPA JASA GURU’
TANJUNG BIDARA 16 Mei - Guru atau cikgu, amat dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh,...
MELAKA TAK LOKEK DEMI MEMPERKASA SEKTOR PENDIDIKAN
TANJUNG BIDARA 15 Mei - Akses pendidikan untuk anak Melaka bermula dari tadika, sekolah rendah dan menengah, seterusnya menara grading...
NALURI JURURAWAT MEMANG SENTIASA MAHU MEMBANTU
LENDU 16 Mei - Menerima penghargaan disampaikan sendiri oleh Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh, dianggap sebagai penyuntik...
SEPETANG WARISAN SANTAI @ BANDA HILIR HIDUPKAN SUKAN RAKYAT
BANDA HILIR 15 Mei - Kawasan Zon Bebas Kenderaan Banda Hilir bakal dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti kebudayaan dan permainan tradisional...
MINDEF TINGKAT PERUNTUKAN WBL ATM KEPADA HAMPIR RM10 JUTA, SASAR 1,500 ANGGOTA
SUNGAI UDANG 15 Mei – Kementerian Pertahanan (MINDEF) memperluaskan pelaksanaan Program Work-Based Learning (WBL) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tahun ini...


