SOP Aidiladha hampir sama seperti tahun lalu- Sulaiman

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

GAPAM 17 Jun – Penetapan prosedur operasi standard (SOP) bagi Hari Raya Aidiladha secara umumnya sama seperti pelaksanaan garis panduan yang diikuti pada tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md. Ali berkata, bagaimanapun kerajaan negeri masih dalam proses mengemaskini tatacara SOP pada perayaan itu dan akan diumumkan selepas 28 Jun ini.

SULAIMAN diberi penerangan oleh Penyelia SJR di Jalan Gapam, Sarjan Mohd Yusof Onn.

Jelasnya, ia berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh berkuat kuasa sehingga tarikh itu dan memerlukan keputusan lanjut daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan pusat bagi menetapkan SOP yang sebenar bagi perayaan itu.

“SOP yang akan digunakan nanti lebih kurang sama pada perayaan Aidiladha tahun lalu berikutan pada masa itu kita masih di dalam PKP.

“Insya-Allah kita akan maklumkan nanti dan melihat kepada apakah keputusan pihak pusat terutamanya setelah tamat bagi fasa yang kedua PKP penuh pada 28 Jun ini untuk diperhalusi sebelum menetapkan SOP,” katanya selepas meninjau empat lokasi sekatan jalan raya (SJR) di Alor Gajah dan Jasin petang tadi.

SULAIMAN (tengah) bertanya sesuatu kepada Timbalan Ketua Polis Melaka, SAC Razali Abu Samah (kiri) ketika tinjauan di SJR Hutan Simpan Solok Duku, Sungai Udang.

Sulaiman meninjau SJR Hutan Simpan Sungai Udang bermula jam 3 petang, diikuti SJR di Rembia, Tehel dan Gapam bagi menyantuni golongan barisan hadapan yang berhempas pulas menjalankan tanggungjawab demi melandaikan lekuk penularan COVID-19.

Beliau turut menyampaikan sumbangan set makanan dan minuman kepada anggota terlibat dalam SJR terbabit.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

629
Kongsi :
Previous post Empat Geng 36 minta dibicarakan atas pertuduhan rompak berkumpulan
Next post STAM 2020: Melaka catat GPN 2.43
Ubah saiz-+=