SOP baharu MKN ‘bantu’ pelancongan Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

MELAKA 14 Nov. – Keputusan kerajaan membenarkan tiga orang dari rumah yang sama untuk berada dalam satu kenderaan yang berkuat kuasa semalam sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), sedikit melegakan sektor pelancongan Melaka.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis, keputusan dibuat kerajaan itu yang diputuskan beberapa jam sebelum sambutan Deepavali juga dijangka merancakkan transaksi sub sektor pelancongan iaitu pelancongan makanan barangan konsumer’

Keputusan itu katanya, berkemungkinan memperkasakan kempen Melaka Visit Melaka Packages 2020 yang dirasmikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali pada 8 November lalu.

“Kelonggaran ini membolehkan industri perkhidmatan di mana sektor pelancongan yang merupakan sebahagian darinya dapat dirancakkan, paling tidak pun dari soal transaksi perniagaan makanan dan barangan konsumer yang merupakan intipati sub sektor pelancongan.

“Khusus di Melaka, pelancongan penduduk tempatan dapat digiatkan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) tersedia dan menerusinya rakyat Melaka dapat menikmati prasarana pelancongan negeri sendiri di kala pelancong luar terbatas untuk masuk.

“Saya berharap rakyat Melaka dapat mengambil kesempatan ini untuk menikmati semua aset pelancongan Melaka tatkala ianya tidak dibanjiri oleh pelancong asing,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, membenarkan  tiga orang dari rumah yang sama untuk berada dalam satu kenderaan menerusi perbincangan sidang khas.

Katanya, ia juga memudahkan pihak polis membuat penguatkuasaan dan selaras dengan jumlah yang dibenarkan bagi teksi dan e-hailing,” katanya dalam sidang media harian,

Views:

759
Kongsi :
Previous post Aplikasi Zoom jadi pengubat rindu
Next post Kanak-kanak dua tahun positif COVID-19
Ubah saiz-+=