SPR anggar kos PRN Melaka RM46 juta

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

BANDAR MELAKA 18 Okt. – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan RM46 juta diperlukan bagi membiayai Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15.

Pengerusinya Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, ia membabitkan 495,196 orang pengundi.

Menurutnya ia terdiri daripada 482,550 orang pengundi biasa, 10,191 orang anggota tentera dan pasangan, 2,349 orang anggota polis dan 106 orang Pengundi Tidak Hadir (PTH) Luar Negara.

“Daftar Pemilih Pilihan Raya (DPPR) yang akan digunakan untuk PRU Melaka ini adalah Daftar Pemilih terkini sehingga Daftar Pemilih Tambahan (DPT) ST2/2021 yang dikemaskini sehingga 3 Oktober 2021,” katanya pada sidang media di sini.

ABDUL GHANI (dua dari kiri) menyerahkan writ PRU DUN Melaka ke-15 kepada pegawai SPR DUN selepas sidang akhbar Mesyuarat Khas Berkaitan Urusan PRN Melaka. Foto: MR. Azli

Beliau berkata, seramai 12,290 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses pilihan raya terbabit.

Katanya, selain itu sebanyak 217 pusat mengundi biasa yang mengandungi 1,109 tempat
mengundi/saluran dan 31 pusat mengundi awal bagi lima pengundian yang mengandungi 47 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

“Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 248 dengan 1,156 tempat mengundi/saluran.

“Semua 217 pusat mengundi biasa pada Hari Mengundi akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang.

“Bagi pusat mengundi awal, 21 pusat mengundi akan dibuka dari jam
8 pagi hingga 2 petang dan baki 10 pusat mengundi awal akan dibuka dari jam 8 pagi hingga 5.30 petang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

7306
Kongsi :
Previous post (UPDATE-2) Melaka mengundi pada 20 Nov, tempoh kempen 12 hari
Next post SPR sasar 70 peratus rakyat Melaka keluar mengundi- Abdul Ghani
Ubah saiz-+=