Srikandi Bersatu siap siaga hadapi PRN Melaka – Rina

Masa Membaca:58 Saat

PAYA RUMPUT 19 Okt – Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, pihaknya kini dalam keadaan siap siaga bagi menggerakkan jentera parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Bagaimanapun, menurutnya, pergerakan anggota untuk berkempen bergantung kepada syarat prosedur operasi standard (SOP) yang akan ditetapkan pihak berkuasa nanti.

Katanya, sebarang keputusan termasuk untuk menghantar jentera membantu PRN Melaka hanya bergantung kepada penetapan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

“Kalau diikutkan kita tidak mahu PRN memandangkan banyak tugas yang perlu dilaksanakan namun kita akur dengan keputusan yang dibuat oleh pihak SPR.

“Oleh itu, kita akan bersiap sedia menghadapi pilihan raya demi mengembalikan semula mandat rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan kunjungan ke rumah keluarga Dzahary Idris yang meninggal dunia pada 20 Julai lalu akibat COVID-19 dekat Taman Cheng Permai.

Semalam SPR menetapkan 20 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Melaka.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 4 Oktober lalu selepas empat wakil rakyat termasuk bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron menarik sokongan terhadap kerajaan negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1164
Kongsi :
Previous post PAS main peranan penting dalam PRN Melaka – Ahmad Samsuri
Next post Wanita, kanak-kanak berisiko tinggi hidap osteoporosis
Ubah saiz-+=