Suara Melaka didengari di Abu Dhabi TV

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

DUBAI 16 Mac – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mewakili kerajaan negeri diberi peluang memperkenalkan Melaka sebagai destinasi pelaburan strategik menerusi Abu Dhabi TV.

Dalam program bual bicara itu, Sulaiman ditemuramah oleh pengacara Rehab Abdulla dan Abdulla bin Haidar yang disiarkan secara langsung.

Peluang itu merupakan kesempatan beliau membawa ‘suara’ Melaka sempena ‘Melaka Week’ di Expo Dubai 2020.

Sulaiman turut berkongsikan misi dan visi Melaka tawarkan kepada dunia selain memperkenalkan kewujudan koridor baharu Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).

“Peluang yang diberikan ini cukup bermakna kepada Kerajaan Negeri Melaka khususnya bagi memperkenalkan Melaka sebagai destinasi pelaburan cukup strategik dengan kewujudan koridor baharu Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ),” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.

Untuk rekod, sesi wawancara itu telah diadakan di pusat media terbesar yang disediakan pada Expo berkenaan.

Terdahulu, pada 14 Mac, Sulaiman melancarkan Melaka Week di Expo 2020 Dubai dengan bermandatkan untuk menarik pelaburan baharu ke Melaka.

Delegasi kerajaan negeri Melaka ke Dubai yang berkampung hampir seminggu di negara timur tengah itu turut dipadankan dengan lebih 30 memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani bersama pelabur asing.

Sebanyak 10 agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan 10 syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Melaka turut dibawa menyertai delegasi Melaka ke Dubai bagi mempromosikan Melaka ke pentas dunia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1282
Kongsi :
Previous post Larangan import lembu, kerbau dari Thailand ditarik balik – JPV
Next post Polis rekod keterangan lima individu bantu siasatan kes bunuh, bakar wanita
Ubah saiz-+=