Sukan untuk anak muda Telok Mas

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

TELOK MAS 14 Ogos – Anak muda dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas dipelawa menyertai Mini Karnival Sukan Anak Muda DUN Telok Mas yang akan diadakan di Padang Taman Seri Telok Mas, 2 hingga 3 September depan.

Mini karnival tersebut merupakan anjuran bersama Japerun Telok Mas bersama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Persatuan Gagasan Pemuda Kota Melaka dan Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, antara pertandingan yang diadakan ialah liga sepak penalti, bola keranjang shooter, bola sepak, sepak takraw dan bola jaring (wanita).

Selain itu, kata beliau, turut diadakan aktiviti bersama komuniti seperti mewarna untuk kanak-kanak, dam haji dan dam ular.

“Penyertaan hanya terbuka rakyat Negeri Melaka yang menetap di dalam DUN Telok Mas sahaja, iaitu meliputi Bukit Senjuang, Ujong Pasir, Padang Temu, Permatang Pasir, Alai, Telok Mas, Bukit Punggur, Bukit Meta, Bukit Pegoh/Bukit Larang dan Pernu.

“Tarikh tutup penyertaan ialah pada 25 Ogos ini,” katanya.

Abdul Razak yang juga Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri berkata, penganjuran itu merupakan sebahagian daripada pengisian program menjelang Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Katanya, kepada yang berminat boleh mendaftar di laman web https://taliamaranpintar.com/mini-karnival-dun-telok-mas/ atau menghubungi nombor pengurus program yang tertera pada poster.

Orang ramai juga boleh melawati laman Facebook rasmi Abdul Razak Abdul Rahman untuk maklumat lanjut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2004
Kongsi :
Previous post Mangsa perlu berani lapor kes gangguan seksual – KPWKM
Next post 28 mangsa banjir Melaka Tengah masih di PPS
Ubah saiz-+=