Sukarelawan Perikanan Darat ‘intai’ aktiviti haram

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

LUBOK CHINA 29 Mac – Sukarelawan Perikanan Darat dalam kalangan nelayan mampu menjadi mata dan telinga pihak berkuasa khusus dalam membendung aktiviti menangkap ikan menggunakan kaedah diharamkan di negeri ini.

Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Mohd Fauzi Salehon berkata, lantikan sukarelawan itu merupakan salah satu langkah pencegahan awal bagi memastikan setiap permasalahan nelayan mampu diselesaikan dengan berkesan.

Beliau berkata, sukarelawan dilantik menjadi perantara bagi membendung aktiviti diharamkan seperti menuba, membunuh spesies hidupan menggunakan elektrik dan pelbagai lagi yang akan memberi kesan kepada ekosistem setempat.

“Sukarelawan ini dilantik bagi memastikan sumber itu berterusan untuk nelayan sendiri, jika berlaku sebarang aktiviti melanggar peraturan merekalah yang menjadi perantara antara nelayan dan Jabatan Perikanan Daerah agar maklumat itu disampaikan secara terus.

“Bagaimanapun aktiviti seperti menuba dan merenjat ikan menggunakan elektrik di Melaka sudah kurang, namun masih kerap dilaporkan di negeri jiran.

“Jika disabitkan kesalahan individu berkenaan boleh dikenakan hukuman penjara. Jadi inilah asas lantikan sukarewalan untuk membantu kita dan mereka boleh menyalurkan maklumat dengan menghubungi kami atau WhatsApp,” katanya.

HAMEED menyampaikan sijil lantikan kepada salah seorang Sukarelawan Perikanan Darat selepas merasmikan program berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Pelancaran Sukarelawan Perikanan Darat yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhytheen Kunju Basheer di Pengkalan Nelayan Ramuan China Kechil, di sini, tengah hari tadi.

Terdahulu seramai 20 sukarelawan menerima sijil lantikan masing-masing yang disampaikan Hameed pada program berkenaan.

 

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1112
Kongsi :
Previous post Ulang Tahun ke-76: RTM mesti sentiasa kompetitif untuk kekal relevan – Annuar
Next post Tidak ada permintaan di pasaran punca ikan tamban dibuang nelayan
Ubah saiz-+=