
Sukma: Dua atlet muaythai Melaka hampiri kilauan emas
KUALA LUMPUR 21 September – Dua atlet muaythai lelaki negara menghampiri kilauan emas Sukan Malaysia (Sukma) 2022 apabila berjaya menempah tempat di pentas akhir.
Dua atlet itu ialah Che Wan Muhammad Saiful Che Wan Abdullah yang beraksi dalam kategori 54 kilogram dan Wan Muhammad Sabri Wan Mohd Zaki (kategori 60kg).
Pada aksi final yang dijadual hari ini Che Wan Muhammad Saiful bakal ditentang atlet Perak Muhd Amirul Adli Salee Meha.
Manakala Wan Muhammad Sabri bakal membuat perhitungan dengan atlet Sarawak Muhd Johan Ghazali Zulfikar.

Untuk rekod, setakat ini atlet muaythai Melaka telah meraih lima pingat gangsa menerusi acara waikru lelaki, waikru wanita, kategori wanita 45-48kg (Nur Huda Akma Mohd Razmi), wanita 48-51kg (Siti Nurazila) dan lelaki 54-57kg Muhammad Alif Rafiqin.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
ANGKATAN SIBER ATM BEROPERASI MENJELANG 2030
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan menyasarkan penubuhan Angkatan Siber sebagai cabang keempat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dapat direalisasikan...
PRN MELAKA: PESANAN ‘ORANG LAMA’ BUAT YB HELMY
DUYONG 4 November - Pengalaman dan khidmat calon Barisan Nasional (BN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy...
KEMENTERIAN PERTAHANAN LAKSANA 28 PROJEK JIWA MURNI DI MELAKA
TELOK MAS 4 November - Kementerian Pertahanan melaksanakan sebanyak 28 projek menerusi Program Jiwa Murni (PJM) MADANI di Melaka dengan...
PRN MELAKA: DARI DUNIA KESIHATAN KE DUNIA RAKYAT, LANGKAH BAHARU RIDZUAN DI BUKIT KATIL
AYER MOLEK 4 November - Selepas hampir dua dekad menabur bakti sebagai penjawat awam di Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Melaka,...
LOJI EDRA 2,242MW ASET STRATEGIK JAMIN BEKALAN ELEKTRIK NEGARA
KUALA LINGGI 4 November -Loji janakuasa turbin gas kitaran gabungan (CCGT) EDRA di Melaka dengan kapasiti terpasang 2,242 megawatt (MW)...
PRN MELAKA: KALSOM SEPERTI IBU SAYA, TETAP BERSAMA PERJUANGAN BN – SITI AISYAH
PENGKALAN BATU 4 November - Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N15 Pengkalan Batu, Siti Aisyah Mahmood...
