Penghantar makanan tidak sempat ikat tali pertunangan

Masa Membaca:1 Minit, 53 Saat

AYER LIMAU 21 September – Allahyarham Muhammad Alif Bakar, 29, meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Baru Tanjung Bidara, di sini, 3 September lalu tidak sempat mengikat tali pertunangan dengan wanita pilihan hatinya.

Ketika kejadian mangsa bekerja sebagai penghantar makanan dalam perjalanan menghantar pesanan pelanggan sebelum terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).

Bapa Allahyarham Muhammad Alif, Bakar Kata, 67, memberitahu anaknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk bertunang pada Disember ini namun perancangan itu tidak kesampaian.

Jelasnya sebelum ini Allahyarham Muhammad Alif, bekerja di sebuah kilang namun mengambil keputusan untuk berhenti dan menjadi penghantar makanan kerana mahu mencari wang tambahan.

Bakar berkata, Allahyarham Muhammad Alif juga menunjukkan perubahan sikap ketara apabila dilihat termenung sehari sebelum terbabit kemalangan.

“Pemergian Muhammad Alif tiada ganti, arwah seorang anak yang berdikari dan menjadi tunjang keluarga kami.  Pada mulanya saya tidak percaya apabila dimaklumkan Muhammad Alif meninggal dunia, kerana pada pagi hari kejadian saya sempat berjumpa dengannya.

“Tiba-tiba selepas Zohor saya mendapat berita arwah terbabit kemalangan yang meragut nyawanya,” katanya ketika ditemui selepas menerima cek sumbangan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di rumahnya di Felcra Ramuan China, di sini, semalam.

photo1663664440

HEE Sem (kiri) bersama Hameed (dua dari kiri) bersama Abd Razak (tengah) ketika menziarahi Bakar Kata (dua dari kanan) dan isteri Fauziah Ahmad, 63,(kanan) pada program lawatan PERKESO Prihatin di FELCRA Ramuan China Kechil, Lubok China, Masjid Tanah. Foto: MR. AZLI

Cek berkenaan disampaikan Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem yang diiringi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mhyteen Kunju Basheer dan Pengarah Perkeso Negeri Melaka, Abdul Razak Omar.

Bakar berkata, kali terakhir mereka sekeluarga berkumpul bersama adalah pada sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lalu.

WhatsApp Image 2022-09-20 at 8.02.17 PM
KEADAAN motosikal ditunggang Allahyarham Muhammad Alif

“Dia juga rapat dengan adiknya yang meminati sukan bola sepak. Rakan anak ada beritahu saya bahawa sebelum kejadian Allahyarham Muhammad Alif memaklumkan itu adalah kali terakhir dia bermain bola sepak bersama-sama.

“Pada hari berkenaan sama Allahyarham Muhammad Alif belanja kawan-kawannya minum,” katanya.

Melaka Hari Ini pada 3 September lalu melaporkan Allahyarham Muhammad Alif maut di lokasi kemalangan akibat kecederaan parah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2095
Kongsi :
Previous post Peniaga makanan ‘home based’ digalakkan ambil suntikan tifoid – Exco
Next post Sukma: Dua atlet muaythai Melaka hampiri kilauan emas
Ubah saiz-+=