
Sulaiman dengar keluhan peniaga, pengunjung Pasar Kuala Sungai Baru
KUALA LINGGI 17 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, hari ini mengadakan lawatan ke Pasar Kuala Sungai Baru, di sini.
Dalam lawatannya itu, beliau mengambil kesempatan menyantuni peniaga dan pengunjung pasar berkenaan.
Pada masa sama, beliau turut mendengar keluhan peniaga dan pengunjung mengenai sistem perparitan pasar berkenaan yang tidak memuaskan.
“Saya mengambil maklum terhadap aduan dan pandangan dikemukakan peniaga dan pengunjung sempena lawatan ke Pasar Kuala Sungai Baru, hari ini.
“Antara perkara yang dibangkitkan termasuklah sistem perparitan dan keadaan pasar yang boleh ditambah baik.
“Insya-Allah saya berharap aduan ini akan segera diambil tindakan oleh Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG), selain agensi yang berkaitan supaya dapat menambah baik keadaan di pasar berkenaan demi keselesaan bersama,” katanya dalam satu hantaran di Facebook rasminya.
Lawatan itu turut disertai Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Datuk Wira Ibrahim Durum, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Linggi Rosli Abdullah dan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka Norena Jaafar.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI TURUN ASAHAN BUKAN DENGAN ‘TANGAN KOSONG’
ASAHAN 23 Ogos - Lebih RM1 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri bagi pelbagai bentuk bantuan, pembangunan dan sumbangan kepada warga Dewan...
KEAMANAN MELAKA HASIL PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Pertemuan bersama warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah dianggap amat istimewa oleh Ketua...
KAMPUNG ABBEY DAPAT DEWAN BAHARU RM500,000
ASAHAN 23 Ogos - Kemudahan awam untuk warga Asahan terus diperkukuh apabila Kerajaan Negeri menerusi Pejabat Daerah dan Tanah (PDT)...
TOK RAUF HARGAI PENGORBANAN WARGA PDRM
MACHAP JAYA 23 Ogos - Siri Jelajah Ketua Menteri Sayang Rakyat bukan sahaja menyantuni orang awam, sebaliknya turut melibatkan anggota...
PENANTIAN 15 TAHUN GENERASI KEDUA FELCRA BUKIT SEDANAN BERAKHIR
ASAHAN 23 Ogos - Penantian selama 15 tahun bagi 106 keluarga generasi kedua Felcra Bukit Sedanan untuk mendapatkan hak milik...
WIFI PERCUMA DI SEMUA KAMPUG ORANG ASLI
MACHAP JAYA 23 Ogos - Semua perkampungan masyarakat Orang Asli di negeri ini bakal menerima kemudahan WiFi percuma selaras usaha...
