Sulaiman, Kon Yeow bincang hala tuju pelancongan Melaka- Pulau Pinang

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

GEORGETOWN 13 Jun – Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali mengadakan kunjung hormat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Hotel Royal Chulan, Georgetown, sebentar tadi.

Terdahulu, ketibaan Kon Yeow bersama beberapa barisan EXCO kerajaan negeri Pulau Pinang disambut Sulaiman bersama delegasi Melaka sebaik tiba di hotel berkenaan tepat jam 7.43 malam tadi.

Hadir sama, EXCO Pelancongan, Datuk Muhammad Jailani Khamis serta kenamaan lain.

Pertemuan antara dua pemimpin itu diadakan bagi membincangkan peluang antara dua negeri bersejarah itu dalam membangkitkan sektor ekonomi masing-masing terutama dalam memperkasakan pelancongan negeri.

Kunjungan kali ini juga merupakan kesinambungan dalam initipati program Seminar Semarak Pelancongan dan Sesi Padanan Niaga Revitalise dan Rejuvenate Melaka 2022 yang berlangsung selama dua hari.

Ia merupakan usaha kerajaan negeri menerusi Badan Promosi Pelancongan (BPP) bersama pemain industri pelancongan antara dua negeri dalam membangunkan sektor terbabit.

Dalam program diadakan kali ini pelbagai acara telah dijalankan termasuk program termasuk sesi taklimat pengemaskinian produk pelancongan Melaka dan sesi soal jawab antara pemain industri.

Selain itu, beberapa lokasi pelancongan di Pulau Pinang turut akan dilawat delegasi terlibat bagi meninjau peluang meningkatkan kemasukan pelancong ke Melaka.

Ia membabitkan di Kampung Agung di Seberang Perai, Jajaran Tembok Kota Lama (Explanade) dan The Top @ Komtar.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

927
Kongsi :
Previous post Kerajaan akan perkenal harga siling bergerak bagi jamin sekuriti makanan – Ismail Sabri
Next post Era baharu hubungan Melaka – Pulau Pinang
Ubah saiz-+=