Sulaiman ‘tabik’ perih getir pengorbanan polis

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

SERI NEGERI 25 Mac – Segala keringat dan dan jasa anggota polis yang berkhidmat tanpa mengira masa dan tempat demi keselamatan serta kedaulatan negara, menjadi antara perkara yang dikongsikan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali di Facebook rasminya sebentar tadi bersempena Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Ke-214, hari ini.

Sebagai seorang anak anggota polis, beliau sememangnya menyanjung tinggi profesion berkenaan kerana telah melihat sendiri perih getir pengorbanan dan cabaran ditanggung bapanya, Allahyarham Md Ali Haji Long dalam membesarkannya sekeluarga.

Justeru, bersempena hari bersejarah yang cukup penting pada hari ini, beliau sempat menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh warga pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) di seluruh negara, terutama kepada pegawai yang berkhidmat membantu memudahkan perjalanan urus tadbir negeri Melaka selama ini.

“Pagi ini saya sempat bersembang dengan ‘bodyguard’ dan ‘rider’ polis yang menjadi tulang belakang penting dalam menjaga keselamatan serta melancarkan perjalanan bagi tugasan rasmi saya.

“Terima kasih kepada pengiring rapat saya, Korporal Mohd Azmawan Ambatang dan Lans Korporal Muhammad Amirul Ashraff Tokiman. Terima kasih juga kepada abang-abang ‘rider’, Korporal Zaidee Yaakop (T10) dan Korporal Hafifi Kadri (T27). Anda semua adalah wira yang tidak didendang!

“Semoga setiap pengorbanan yang anda curahkan dengan penuh rasa kecintaan, kesungguhan dan keikhlasan pada jalan jihad ini, akan mendapat ganjaran yang setimpal dari Yang Maha Esa. Insya-Allah. Selamat Ulang Tahun Peringatan Hari Polis Ke-214,” ucapnya dalam kenyataan tersebut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

803
Kongsi :
Previous post KRT perlu dorong rakyat daftar vaksin – Sulaiman
Next post Lebih RM5.6 juta tidak dapat dimanfaatkan 934 KRT kurang aktif
Ubah saiz-+=