Sorting by

×

Sulaiman tekad bawa pulang pelaburan RM500 juta dari Expo 2020 Dubai

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

DUBAI 14 Mac – Mencapai sasaran pelaburan RM500 juta sepanjang tujuh hari Melaka Week di Expo 2020 Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menjadi misi utama Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Berkongsi berita baik, Sulaiman berkata sebelum ini beberapa Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) Melaka sudah mengadakan pertemuan awal dengan pelabur yang berminat untuk menanam modal di negeri ini.

Pelaburan yang berpotensi untuk ke Melaka katanya adalah membabitkan industri pembuatan, pelancongan dan sektor Industri Kecil dan Sederhana (PKS).

“Saya yakin ada beberapa memorandum persefahaman (MoU) sudah dikenal pasti, sasaran mencapai KPI (petunjuk prestasi utama) RM500 juta itu akan dapat dicapai.

“Difahamkan ramai di Pavilion Malaysia, pelabur datang mengintai peluang yang ada di Melaka. Jadi inilah peluang yang saya rasa sangat baik kepada negeri Melaka.

“Jadi besar harapan saya KPI sepertimana yang telah disasarkan, Melaka akan dapat mencapai,” katanya pada sidang media selepas Majlis Makan Malam Sempena Melaka Week di Expo 2020 Dubai di sebuah Hotel, malam tadi.

Majlis Perasmian Melaka Week di Expo 2020 Dubai akan diadakan jam 2 petang ini waktu Malaysia atau jam 10 pagi waktu Dubai.

Rakyat Melaka boleh menyaksikan secara langsung ucapan Ketua Menteri pada majis itu menerusi Facebook Melaka Hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1084
Kongsi :
Previous post Sultan Selangor nasihat kerajaan negeri beri penekanan serius tangani banjir
Next post Dua gempa kuat gegar Indonesia Barat
Ubah saiz-+=