Sultan Nazrin berkenan rasmi sambutan Hari Hutan Antarabangsa Perak

Masa Membaca:53 Saat

GOPENG, 25 Okt – Sultan Perak Sultan Nazrin Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Negeri Perak di The Treasure@ Taman Herba di sini hari ini.

Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, Raja Muda Perak Raja Jaafar Raja Muda Musa, Raja Puan Besar Perak Raja Nazhatul Shima Idris Shah, Raja DiHilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak Tunku Soraya Abdul Halim.

Keberangkatan tiba baginda pada pukul 10 pagi disambut Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad dan isteri Datin Seri Aezer Zubir.

Sultan Nazrin berkenan mengurniakan anak pokok kepada Pegawai Daerah dan Tanah Kinta Meor Hezbullah Meor Abd Malik dan Pengurus The Treasure@ Taman Herba Gopeng Eidia Erriany Abdul Rahim serta mengurniakan sijil penghargaan sumbangan penanaman pokok kepada Pengurus Kumpulan Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak Yahanis Yahya dan Pengurus Lembaga Air Perak Datuk Ishak Abdul Rahman.

Sambutan Hari Hutan Antarabangsa bertemakan ‘Hutan Untuk Kesejahteraan Masyarakat’ bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pelbagai jenis hutan serta pemeliharaan dan pemuliharaannya.

— BERNAMA

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2385
Kongsi :
Previous post PRU15 tidak jejas penganjuran Para Sukma 2022 – MPM
Next post Getir Syasya berbayar emas
Ubah saiz-+=