Sumbangan YaPIEM daging dan barang asas, ringankan beban pelajar UTeM

Masa Membaca:1 Minit, 55 Saat

DURIAN TUNGGAL 3 Dis- Sebanyak 400 kilogram daging mentah dan 200 pek makanan asas disumbangkan kepada golongan B40 dalam kalangan pelajar dan staf Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), hari ini.

Pengurus Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam (YaPEIM) Melaka, Azharry Giman berkata, sumbangan pertama kali itu bertujuan meringankan bebanan golongan pelajar dan staf seiring dengan lonjakan harga barangan ketika ini.

Katanya, sumbangan yang memberi manfaat kepada kira-kira 600 pelajar dan kakitangan universiti awam itu bernilai secara keseluruhan RM34,000.

“Lebih 600 pelajar termasuk kakitangan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dalam golongan B40 menerima sumbangan hari ini,iaitu 200 pek barangan asas dan 400 kilogram daging segar iaitu seorang pelajar diperuntukkan satu kilogram (satu pek) daging.

“Dalam keadaan harga sayur, harga bahan mentah naik, kita harapkan sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak dapat meringankan bebanan pelajar-pelajar khususnya.

“YaPIEM menerusi program Food Bank, kita sudah menyantuni masyarakat dalam keadaan pandemik ini sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada tahun 2020 lalu, dan dengan misi dan visi yayasan ini, kita akan cuba bantu golongan-golongan yang memerlukan di luar sana, meliputi pelbagai lapisan umur, bangsa dan agama,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Sempena Pesta Konvo Maya Tuah, di Kampu Induk UTeM, di sini hari ini.

Hadir Sama, Pemangku Naib Canselor, Prof, Ir, Dr. Ghazali Omar dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar, Datuk Dr. Sabri Mohamad Sharif.

Dalam pada itu, seorang penerima bantuan terbabit yang juga pelajar UTeM, Muhammad Sufi Ridhwan Mohd. Khir, 23, bersyukur menerusi bantuan yang diterima itu, dia dapat berjimat dalam tempoh dua minggu mendatang.

“Syukur, Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak YaPIEM, dengan adanya bantuan ini, kami dapat jimatkan duit belanja untuk dua minggu akan datang.

“Dalam keadaan harga barang basah yang agak tinggi ketika ini, bantuan yang diterima sangat-sangat meringankan beban,” katanya.

MUHAMMAD Sufi Ridhwan

Nada sama disuarakan oleh Nur Izzatul Syamira Mat Saad, 20, yang menyifatkan sumbangan itu diterima pada masa yang tepat.

“Memang sangat tepatlah kita dapat sumbangan barangan makanan sebegini, dengan harga barang naik, dengan duit belanja pun semakin kurang, memang kena masa.

“Bolehlah balik nanti saya masak daging masak lemak, sedap sikit,” ujarnya berseloroh.

NUR Izzatul Syamir

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1082
Kongsi :
Previous post Ular sawa batik sempat telan ayam sebelum ditangkap
Next post Hujan berterusan punca insiden tanah runtuh Jalan Simpang Pulai – JKR
Ubah saiz-+=