
Suri rumah rugi RM110,556 terpedaya kerja mudah ‘like and share’
KUANTAN, 4 Jun – Seorang suri rumah mendakwa kerugian RM110,556 selepas diperdayakan sindiket penipuan yang menawarkan pekerjaan sambilan menerusi aplikasi media sosial.
Ketua Polis Pahang Datuk Yahaya Othman berkata mangsa yang berusia 36 tahun mendakwa pautan iklan di Telegram pada 30 Mei lepas hanya memerlukan dia membuat tanda suka dan berkongsi video YouTube.
“Mangsa berkata ditawarkan komisen antara 15 ke 20 peratus bagi melakukan lapan tugasan namun dia perlu membuat bayaran terlebih dahulu bagi mendapatkan pautan ke video terlibat.
“Tertarik dengan jumlah komisen menyebabkan mangsa mengeluarkan wang simpanan serta meminjam daripada rakan-rakan untuk membayar suspek,” katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.
Yahaya berkata mangsa telah membuat 21 transaksi pemindahan wang secara dalam talian ke lima akaun diberikan suspek sebelum menyedari dirinya ditipu dan telah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan semalam.
Yahaya menasihatkan orang awam agar tidak mudah terpedaya dengan tawaran iklan di media sosial terutamanya yang menawarkan keuntungan tinggi dan pekerjaan mudah.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BOMBA MELAKA KENDALI 5,162 OPERASI KECEMASAN SEPANJANG 2025
LENDU 13 Mei - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka mengendalikan sebanyak 5,162 operasi kecemasan sepanjang tahun lalu sekali...
MELAKA PERLUAS INISIATIF PRODUK PELANCONGAN PERCUMA KEPADA PESARA
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri akan memperluaskan inisiatif kemasukan percuma ke produk pelancongan terpilih kepada golongan pesara badan beruniform...
MELAKA SAYANG ‘WIRA MERAH’, SALUR SUMBANGAN KHAS
LENDU 13 Mei - Seramai 50 pesara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka menerima sumbangan khas RM5,000 daripada Kerajaan...
‘KITA TIDAK CARI SALAH ORANG, KITA FOKUS PERBAIKI HIDUP RAKYAT’
LENDU 13 Mei - Kerajaan Negeri mengambil pendekatan untuk kekal menerajui Melaka dengan penuh rasa tanggungjawab walaupun penggal perkhidmatan bakal...
‘AH SEM SAYANG RAKYAT MACHAP JAYA’
MACHAP JAYA 13 Mei – Turun padang bertemu rakyat secara konsisten menjadi antara pendekatan yang diamalkan Datuk Ngwe Hee Sem...
MAIM BENTUK MUSLIM BERJIWA BERSIH
AYER MOLEK 13 Mei - Kebersihan perlu diberikan keutamaan oleh setiap Muslim kerana ia adalah sebahagian daripada iman yang merangkumi...
