Persiapan TMM2024 capai 70 peratus

Masa Membaca:1 Minit, 8 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Persiapan untuk menyambut Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) dilaksanakan jabatan dan agensi Kerajaan Negeri setakat ini sudah mencapai 70 peratus.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, 30 peratus lagi persiapan yang dicadangkan adalah membabitkan kerja membaik pulih dan keceriaan.

Jelasnya, antara lokasi yang akan dibaik pulih adalah seperti laluan pejalan kaki kerap digunakan pelancong sekitar Bandar Hilir, Jonker Walk dan Jalan Hang Jebat.

“Hari ini saya turun bersama agensi berkaitan dan pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk memantau lokasi-lokasi pelancongan.

“Saya telah melihat beberapa lokasi, laluan dan kawasan yang perlu diberi tumpuan, pihak berkenaan juga diminta untuk memasang papan tanda di lokasi pelancongan.

“Sementara itu bagi aspek keselamatan pula saya turut meminta pihak MBMB untuk memasang kamera litar tertutup (CCTV) di sudut yang sesuai pada laluan-laluan pejalan kaki yang terpencil,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi pelancongan sekitar Banda Hilir, di sini, hari ini.

Hadir sama, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan dan Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata sebagai negeri pelancongan, tidak banyak yang perlu dilakukan untuk menceriakan Melaka.

“Antara yang tinggal untuk dibuat adalah memberi lebih keceriaan daripada segi pencahayaan, baik pulih dan menambah lokasi menarik untuk pelancong bergambar,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2449
Kongsi :
Previous post Suri rumah rugi RM110,556 terpedaya kerja mudah ‘like and share’
Next post MAIM raikan pasangan mempelai mualaf
Ubah saiz-+=