MAIM raikan pasangan mempelai mualaf

Masa Membaca:56 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan lebih ratusan ribu ringgit setiap tahun bagi membantu dan meraikan golongan mualaf di negeri ini yang mendirikan rumah tangga.

Timbalan Pengerusinya, Datuk Wira Md Rawi Mahmud berkata, kesemua mualaf yang berdaftar akan diraikan pada majlis persandingan beramai-ramai yang juga antara acara tahunan dijalankan MAIM.

Md Rawi berkata, majlis seumpama itu bukan sahaja memudahkan pasangan mualaf mahu mendirikan rumah tangga malah akah nikah dijalankan juga terjamin mengikut rukun yang sah.

“Majlis biasanya berlangsung di Balai Islam MAIM ini hampir setiap tahun kita anjurkan, semuanya percuma, pasangan mualaf berkenaan hanya perlu bayar upah nikah dan mas kanwin sahaja.

“Contoh tahun lalu 13 pasangan mempelai diraikan, setiap tahun kita anjurkan dua atau tiga kali dengan jumlah peruntukan sekitar RM120,000,” katanya

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pernikahan dan Walimatulurus Saudara Muslim Bagi Tahun 2023 membabitkan lima mempelai mualaf di sebuah hotel di Jalan Bendahara, di sini, hari ini.

Majlis bermula sekitar jam 10 pagi dengan pasangan mempelai terbabit diarak sekitar Jalan Bendahara menggunakan beca.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3004
Kongsi :
Previous post Persiapan TMM2024 capai 70 peratus
Next post Melaka mohon RM20 juta, naik taraf produk pelancongan TMM2024
Ubah saiz-+=