Melaka mohon RM20 juta, naik taraf produk pelancongan TMM2024

Masa Membaca:55 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Kerajaan Negeri memohon peruntukan berjumlah RM20 juta bagi melaksanakan kerja menaik taraf dan baik pulih produk pelancongan sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Exco Pelancongan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, peruntukan tersebut telah dimohon menerusi Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC)

“Kita berharap peruntukan itu dapat disalurkan secepat mungkin agar kerja-kerja menaik taraf yang telah dikenal pasti dapat dijalankan sebelum TMM2024.

“Peruntukan tersebut bagi kerja menaik taraf dan baik pulih produk pelancongan negeri melibatkan aspek pencahayaan, pembaikan fasiliti serta kebersihan bagi memberi keselesaan kepada pelancong,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi pelancongan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan serta Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman.

Mengulas lanjut, Abdul Razak berkata berbaki enam bulan menuju TMM2024, agensi berkaitan dan pemain industri pelancongan kini giat mempromosi TMM2024.

“Kita masih mempunyai baki enam bulan sebelum menjelang TMM 2024 bagi menyempurnakan segala persiapan secara menyeluruh bagi menarik kedatangan pelancongan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2329
Kongsi :
Previous post MAIM raikan pasangan mempelai mualaf
Next post Kajian terperinci sebelum laksana hari Melaka bebas kenderaan –
Ubah saiz-+=