Kajian terperinci sebelum laksana hari Melaka bebas kenderaan –

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDA HILIR 4 Jun – Kajian terpeinci termasuk mengambil kira pandangan pemain industri pelancongan tempatan amat perlu sebelum pelaksanaan hari Melaka bebas kenderaan.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata, Kerajaan Negeri perlu mengambil kira pandangan pelbagai pihak sebelum usaha untuk mengurangkan kesesakan jalan raya pada hujung minggu itu dapat dilasanakan.

Jelasnya, pengumuman oleh Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, sebelum ini hanyalah percubaan untuk kajian dan Kerajaan Negeri peka serta prihatin terhadap pandangan semua pemain industri pelancongan negeri.

“Untuk hari Melaka bebas kenderaan sebenarnya Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) sebenarnya dalam kajian, mungkin apa dimaklumkan Ketua Menteri itu sebenarnya itu dalam kajian atau mungkin akan laksanakan daripada segi percubaan dahulu.

“Pandangan saya sebagai Exco berkaitan pelancongan, kita harus buat kajian terperinci lagi untuk memberi keselesaan kepada pengunjung, pemain-pemain industri pelancongan semua sudut kita akan ambil maklum.

“Kita akan kumpulkan daripada sudut pandangan pelancong, masyarakat, peniaga dan sebagainya, kita akan buat kajian,” katanya pada sidang media selepas melawat lokasi pelancongan, di sini hari ini.

Hadir sama, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong, Timbalan Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya, Datuk Zaidi Attan serta Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman dan kenamaan lain.

Pada 11 Mei lalu, Melaka Hari Ini melaporkan Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf mahu kawasan pelancongan di sekitar Banda Hilir dijadikan zon bebas kenderaan bermula Jumaat hingga Ahad yang dijangka dilaksanakan bulan ini.

Memetik laporan, kajian mengenai perkara itu sedang dibuat dan tempoh percubaan akan dilaksanakan oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Antara kawasan dikenal pasti bagi zon berkenaan adalah termasuk Jonker Walk dan pusat beli-belah Dataran Pahlawan.

Untuk rekod, media arus perdana turut melaporkan kebimbangan kira-kira 2,000 peniaga restoran, kraftangan dan perkhidmatan di Banda Hilir yang bakal terjejas sekiranya perancangan pelaksanaan Melaka bebas kenderaan itu diteruskan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1853
Kongsi :
Previous post Melaka mohon RM20 juta, naik taraf produk pelancongan TMM2024
Next post 744 laporan kes tipu dalam talian libat Facebook – Teo
Ubah saiz-+=