Ziarah kasih jadi rutin Hameed

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER LIMAU 4 Jun – Program Ziarah Kasih akan terus dianjurkan bagi mengukuhkan silaturahim di antara pemimpin dengan rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, peluang berjumpa masyarakat dan menyelesaikan isu kos sara hidup adalah tumpuan utamanya selaku wakil rakyat kawasan itu.

Menurut beliau, dalam tempoh sebulan, pihaknya menyasarkan untuk menyantuni sekurang-kurangnya 70 keluarga dengan kerjasama Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

“Kos sara hidup menjadi tumpuan utama kerana kita tak nak masyarakat dalam DUN Ayer Limau tercicir dalam arus kemodenan masa kini dan kita juga menitikberatkan soal pendidikan anak-anak.

“Melihat masa depan anak-anak dalam aspek pendidikan dan kehidupan antara tumpuan yang perlu diberi bantuan awal malah kita juga memfokuskan isu sara hidup dengan mereka yang memerlukan akan dibantu dengan bantuan seawajarnya.

“Saya kena turun (ziarah) kerana kalau saya tak turun saya tidak tahu jadi saya kena turun ke akar umbi lihat apa yang terjadi, insya-Allah lama kelamaan masalah sedikit demi sedikit akan diselesaikan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Dalam pada itu, Hameed yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, pihaknya juga akan memastikan warga emas yang uzur di kawasan itu terbela dalam aspek kebajikan.

“Kita akan gunakan masa yang ada sepenuhnya untuk menyantuni masyarakat yang uzur dan memerlukan dalam kawasan saya.

“Bantuan kit makanan atau apa apa bantuan iringan itu tidak penting kerana yang penting adalah saya ziarah masyarakat saya kerana ada separuh itu memang tak perlu kan bantuan tapi atas faktor uzur dan perlukan perhatian, itu jadi tumpuan utama kita,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2308
Kongsi :
Previous post Lif rosak luar jangka punca pesakit dipindahkan melalui tangga
Next post Suri rumah rugi RM110,556 terpedaya kerja mudah ‘like and share’
Ubah saiz-+=