
Suspek kes tembak di KLIA direman tujuh hari
KOTA BHARU, 16 April – Suspek lelaki yang melepaskan tembakan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Mahkamah Majistret Kota Bharu mengeluarkan tahanan reman terhadap suspek berusia 38 tahun itu bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 dan Sekyen 8 Akta Senjata 1960.
Perintah tahanan reman sehingga 22 April itu dikeluarkan Majistret Rais Imran Hamid.
Terdahulu suspek yang memakai baju lokap tiba di mahkamah pada 8.25 pagi dengan diiringi beberapa anggota polis.
Suspek ditahan di hadapan sebuah hospital swasta oleh Jabatan Siasatan Jenayah Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kelantan.
Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain mengesahkan suspek yang terlibat dengan kejadian itu ditahan pada kira-kira pukul 3 petang semalam, di satu lokasi di Kota Bharu, Kelantan.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi Ahad lepas, seorang lelaki melepaskan dua das tembakan dengan satu daripadanya terkena pengawal peribadi kepada isterinya.
Pengawal peribadi berkenaan kini dirawat di sebuah hospital dan berada dalam keadaan stabil.
Polis sebelum ini berusaha mengesan Hafizul Harawi, 38, bagi membantu siasatan kes berkenaan.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
10 PREMIS DI MELAKA SERTAI JUALAN RAHMAH KEMBALI KE SEKOLAH
AYER KEROH 18 Disember - Sebanyak 10 premis di Melaka terlibat dengan pelaksanaan Program Jualan Rahmah MADANI (PJRM) Kembali Ke...
AB RAUF ZIARAH WARGA WARGA EMAS, PESAKIT KANSER HATI
TANJUNG BIDARA 18 Disember - Keprihatinan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh terhadap nasib rakyat di Tanjung Bidara dizahirkan...
SWM ENVIRONMENT BANTU MURID DI DUYONG ‘KEMBALI KE SEKOLAH’
DUYONG 18 Disember – Seramai 50 murid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong menerima sumbangan kelengkapan bagi persiapan sesi...
MAIM TAMBAH BAIK AGIHAN BANTUAN SEKOLAH, MUDAHKAN PENERIMA
SUNGAI UDANG 18 Disember - Penambahbaikan kaedah agihan sumbangan bantuan persekolahan yang dilakukan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) pada tahun...
PTPTN MELAKA SERAH ZAKAT PERNIAGAAN RM100,000
SERI NEGERI 19 Disember - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) Negeri Melaka menunaikan tanggungjawab dengan melunaskan zakat perniagaan berjumlah...
INISIATIF ‘JOB COACH’ BUKTIKAN OKU MAMPU BERDIKARI
BUKIT BARU 18 Disember – Seramai 18 orang kurang upaya (OKU) dewasa berjaya mendapat pekerjaan menerusi Program Perkhidmatan ‘Job Coach’...
