SWCorp Melaka serius banteras lokasi sampah haram

Masa Membaca:1 Minit, 58 Saat

AYER KEROH 24 Disember – Beberapa lokasi pembuangan sampah haram berjaya dihapuskan di negeri ini menerusi penguatkuasaan berterusan diambil Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka.

Pengarahnya, Khairuladha Ab Mutalib berkata, sebanyak 20 lokasi haram berjaya dibanteras pihaknya membabitkan pelbagai lokasi di negeri ini termasuk di kawasan perindustrian dan tanah persendirian.

“Daripada 57 lokasi sampah haram sebelum ini kita telah berjaya mengurangkannya kepada 37 lokasi yang mana kita akan terus memastikan tiada lagi aktiviti pembuangan sampah haram kekal berlaku di kawasan panas sekitar Melaka.

“SWCorp menerusi pemantauan berterusan juga telah mengeluarkan lebih 300 notis di negeri ini membabitkan kesalahan membuanga sampah di kawasan larangan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan terlibat.

“Selain itu, beberapa kaedah lain telah diambil secara berterusan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap pelupusan sisa pepejal iaitu menerusi lebih 200 program dan kempen yang dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jom Plogging @ Reforestation anjuran bersama Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ)-SWCorp Bersamamu 2022 disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Datuk Shadan Othman, di sini, hari ini.

IMG_20221224_145547_864
AYER KEROH 24 Disember – Pengarah SWCorp Melaka, Khairul Adha Mutalib ditemui pada Program Jom Plogging @ Reforestation anjuran bersama MPHTJ-SWCorp Bersamamu 2022 di Urban Reforestation Sungai Putat, Melaka. Foto Iqmal Haqim Rosman

Mengulas lanjut, Khairuladha berkata, pengoperasian syarikat kontraktor tidak berlesen merupakan antara punca utama aktiviti pembuangan sisa sampah haram berlaku di negeri ini.

Jelasnya, ia berikutan terdapat beberapa syarikat sanggup mengupah kontraktor tidak berlesen untuk melupuskan sampah di lokasi haram bagi mengelakkan dikenakan bayaran.

“Kontraktor pelupusan sampah perlu dilesenkan agar mereka diberi kebenaran untuk melupuskan di loji pelupusan yang kita tetapkan tetapi bagi mengelakkan dikenakan bayaran ada antara pengusaha akan mengupah kontraktor tidak bertangunggjawab ini untuk melupuskan sampah mereka yang terdiri daripada sisa binaan dan sisa komersial di lokasi haram.

“Setakat ini pihak mahkamah sedang menyiapkan kertas siasatan ke atas empat syarikat yang tidak bertanggungjawab ini di mana ada antara syarikat ini menjalankan sektor pembinaan dan komersial didakwa melakukan kesalahan ini.

“Jika disabitkan kesalahan mereka boleh didakwa di bawah peruntukan undang-undang mengikut Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) dan jika didapati bersalah akan di denda minimum RM10,000 atau maksimum RM100,000 atau penjara minimum enam bulan atai maksimum lima tahun,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2280
Kongsi :
Previous post Urban Reforestation @Sungai Putat bukan lagi sarang dadah, maksiat
Next post Iktiraf belia, bantu lahir generasi berwawasan
Ubah saiz-+=