Iktiraf belia, bantu lahir generasi berwawasan

AYER KEROH 24 Disember – Pengiktirafan daripada kerajaan dan masyarakat terhadap aktiviti membabitkan golongan belia amat penting dalam melahirkan generasi berwawasan serta berjaya.

Presiden Yayasan Belia Malaysia Datuk Dr Suhaimi Ibrahim berkata, sokongan semua pihak juga perlu bagi memastikan tiada pengabaian berlaku membabitkan golongan belia di negara ini.

“Semua pihak iaitu kerajaan, masyarakat serta badan korporat perlu memberi pengiktirafan ke atas penganjuran aktiviti belia, ini amat penting.

“Kita juga kena pastikan bahawa belia jangan ada pengabaian namun begitu di negara kita, kerajaan cukup prihatin dengan golongan belia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Forum Pengurusan Pentadbiran Persatuan: Tugas Pemegang Jawatan Pertubuhan Belia dan Biro yang dirasmikan oleh Presiden Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali, di World Youth Foundation, di Ayer Keroh.

IMG_20221224_153452_568
Presiden MGBM Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali menyampaikan cederahati kepada wakil peserta.

Turut hadir memberi sokongan kepada forum yang disertai 116 peserta itu ialah Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam.

Mengulas lanjut, Suhaimi berkata, meskipun berdepan dengan masalah kewangan untuk penganjuran aktiviti membabitkan belia, namun itu tidak menjadi halangan kepada persatuan atau organisasi untuk bergerak ke hadapan.

“Kewangan memang menjadi masalah besar tetapi ini menjadi tanggungjawab pemimpin untuk menguruskan kewangan dan mencari dana.

“Sekiranya seorang pemimpin itu bersungguh-sungguh untuk membantu menggerakkan belia maka akan adalah pihak atau individu yang tampil membantu persatuan mahupun organisasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

958
Previous post SWCorp Melaka serius banteras lokasi sampah haram
Next post NRECC fokus tangani perubahan iklim terutama banjir – Nik Nazmi