Sorting by

×

SWM ENVIRONMENT DIDIK WARGA KERJA CAKNA KESELAMATAN JALAN RAYA

Masa Membaca:1 Minit, 26 Saat

AYER KEROH 10 Mei – Kemalangan jalan raya dikenal pasti sebagai antara penyumbang utama dalam statistik kemalangan di SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) merangkumi 41 peratus sepanjang 2024 berbanding jenis kemalangan lain.

Susulan itu, bagi mengawal kes kemalangan jalan raya daripada terus meningkat, syarikat konsesi pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam itu telah mengambil inisiatif menganjurkan Kempen Keselamatan Jalan Raya Jom Tunggang Selamat Peringkat SWM Environment Melaka, baru-baru ini.

SWM Environment dalam satu kenyataan memaklumkan, kempen itu diadakan sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan jalan raya membabitkan warga kerjanya.

Jelas kenyataan itu, pekerja perlu diberikan ilmu dan pendedahan terhadap aspek keselamatan jalan raya bagi memberikan kesedaran kepada mereka untuk lebih berhati-hati di jalan raya.

“Kempen keselamatan seperti ini penting bagi memberi ilmu dan kesedaran kepada warga kerja di pelbagai peringkat supaya lebih peka dan berhati-hati ketika berada di jalan raya sama ada sama ada semasa bertugas mahupun pergi dan balik kerja.

“Penganjuran kempen keselamatan seumpama ini juga bertujuan mendidik para pekerja SWM Environment mengenai amalan menunggang dengan selamat serta inisiatif syarikat dalam usaha mengawal jumlah kemalangan jalan raya daripada meningkat setiap tahun,” kata kenyataan itu.

Terdahulu, kempen berkenaan telah diadakan di Dewan Seri Chendana, Taman Botanikal Melaka, Ayer Keroh, di sini, baru-baru ini.

Hadir sama Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Melaka, Nor Zaki Md Nor; Pegawai Eksekutif Kanan PERKESO Negeri Melaka Ridwan Mohd dan Pengurus Kawasan Perkhidmatan SWM Environment Melaka Norariffin Nordin.

Pada pelancaran kempen berkenaan turut diadakan ceramah Keselamatan Jalan Raya Penunggang Motosikal yang disampaikan oleh wakil dari Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah, selain sesi pemakaian pakaian pemantul cahaya dan pelepasan konvoi motosikal sebagai simbolik perasmian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

460
Kongsi :
Previous post PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA KONGSI ILMU URUS ANAK AUTISME
Next post MELAKA REKOD TIGA KES KEMATIAN PENYU KARAH TAHUN INI