SWM sedia gabung IPT perkasa kesedaran kitar semula

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

KLEBANG 10 Jun – SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) bersedia menjalinkan kerjasama strategik dengan pelbagai pihak terutama pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) untuk memperkasakan amalan hijau dalam kehidupan seharian.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kerjasama itu penting berikutan golongan berkenaan merupakan barisan yang akan memacu kemajuan negara sekali gus menjadikan Malaysia, negara yang lebih lestari dengan penekanan agenda pembangunan mampan, berdaya tahan dan inklusif.

Menurutnya, menerusi perkongsian kerjasama itu, ia dapat memberi kesedaran supaya menguruskan sisa pepejal dengan lebih baik dan berkesan seterusnya mengurangkan pembuangan sisa pepejal ke tapak pelupusan sampah.

“Kesedaran mengenai kepentingan pemeliharaan alam sekitar perlu ada dalam diri setiap individu bagi melahirkan rasa tanggungjawab dan keperihatinan menjaga kebersihan persekitaran.

“Ini dapat memberikan pendedahan kepada mereka yang terlibat tentang perkara-perkara asas berkaitan amalan hijau yang boleh dimanfaatkan dan dipraktikkan.

“Secara tidak langsung berkongsi ilmu pengetahuan dan kemudian diperluaskan kepadaย  generasi seterusnya bagi meneruskan agenda kelestarian alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program 360 Waste Solution dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klebang, Datuk Lim Ban Hong. di Taman Bukit Rambai di sini, hari ini

49cd25b2-aa22-47d7-8cc8-f88e93401af3
NORLISAM (tengah) bersama tetamu lain mengiringi Ban Hong melawat gerai pameran inivasi pelajar selepa merasmikan program berkenaan.

Dalam pada itu ujarnya,ย  program anjuran itu dapat menyatukan dan memberi kesedaran masyarakat memelihara dan memulihara alam seperti aktivitiย  pengasingan sisa pepejal dipunca, penghasilan produk daripada bahan terpakai, penghasilan baja kompos daripada sisa makanan, dan aktiviti penghasilan sabun daripada minyak masak terpakai.

“Malah, kita turut mengadakan penghasilan sumber makanan sayur-sayuran dengan menggunakan kaedah sistem hidroponik yang diperbuat daripada barangan kitar semula,” katanya.

Program khidmat masyarakat itu disertai seramai 30 pelajar Pengajian Kejuruteraan Awam, Kolej Pengajian Kejuruteraan,ย  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam membabitkan penyertaan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Rambai.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1319
Kongsi :
Previous post Polis tahan lelaki mengamuk dalam restoran
Next post Wonderkidz ceriakan 40 anak yatim Darul Aitam
Ubah saiz-+=