SWM-UTeM kerjasama wujudkan kampus hijau

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

AYER KEROH 24 Februari – Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan SWM Environment Sdn. Bhd. memeterai kerjasama untuk meningkatkan kelestarian alam sekitar di kampus universiti itu.

Pengurus Besar Korporat SWM Environment, Mohd Norlisam Mohd Nordin berkata, kerjasama bertujuan memastikan program KITARecycle dijalankan mampu meningkatkan penglibatan dan kesedaran warga kampus dan masyarakat berhubung aktiviti pengasingan sisa pepejal di punca (Separation at Source – SAS) dan 3R (reduce, reuse, recycle).

Mohd Norlisam berkata surat niat (LOI) ditandatangani adalah kesinambungan pelbagai aktiviti dijayakan dengan kerjasama UTeM sebelum ini seperti Progam Kesedaran Kitar Semula Sempena Global Recycling Day, projek Smart Trash Sorting System, projek Service Learning Malaysia–University for Society (SULAM) dan Karnival Penghayatan Alam Sekitar.

“Kami berkongsi komitmen bersama institusi pendidikan tinggi bagi mendidik masyarakat dan meningkatkan kesedaran mengenai mengurus sisa pepejal yang berkesan.

“Diharapkan kerjasama dibawah kerangka Komunikasi, Pendidikan dan Kesedaran Awam (CEPA) ini bukan sahaja memberi manfaat kepada kedua-dua pihak, sebaliknya masyarakat sekitar,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Selain itu pihaknya akan memperluaskan kerjasama strategik itu bersama universiti lain sebagai menyokong usaha mewujudkan kampus hijau.

Majlis menandatangani LOI telah berlangsung pada 15 Februari lalu yang turut dihadiri Naib Canselor UTeM, Prof. Ts. Dr. Massila Kamalrudin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1465
Kongsi :
Previous post Bina lebih banyak gerai peniaga kecil di lokasi strategik
Next post Bayi perempuan maut, disyaki dihempap abang
Ubah saiz-+=