Syawal tak bermakna tanpa kelibat Muhd Akmal Sharul Nizam

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

KLEBANG – “Raya tahun ini tidak bermakna bagi saya dan keluarga bila mengenangkan nasib anak saya yang masih belum ditemui selepas hampir sembilan bulan”.

Demikian luahan hati seorang suri rumah, Asiah Basiron yang masih berharap anak sulungnya, Muhd Akmal Sharul Nizam Abd Rahim, 22 dapat kembali ke pangkuan mereka sekeluarga.

Menurutnya, sehingga kini tiada khabar berita diterima daripada anaknya yang tidak pulang ke rumah sejak keluar bekerja di sebuah kilang solar di Tanjung Minyak pada 3 Oktober tahun lalu.

“Saya mohon sangat sesiapa yang terjumpa anak saya untuk menghubungi saya. Saya sangat rindukan Muhd Akmal kerana dia seorang anak yang baik, bertanggungjawab dan selalu membantu keluarga,” katanya dalam nada sebak.

Tambah Asiah, kehilangan anaknya itu bukanlah berpunca daripada pergaduhan dengan keluarga, sebaliknya sebab sebenar masih belum diketahui.

Ujarnya, terdapat pelbagai spekulasi yang timbul, termasuklah dikatakan anaknya mengikut seorang lelaki berusia 55 tahun, namun dia tidak mahu memikirkan perkara tersebut melainkan keselematan anaknya.

“Pernah beberapa kali saya termimpikan Muhd Akmal berada di tepi laut, sebuah rumah pangsa dan di masjid berwarna putih. Saya sangat rindukannya.

“Sampai sekarang saya masih tidak berputus asa dan berharap sangat anak saya ditemui dalam keadaan selamat,” katanya lagi.

Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai Muhd Akmal Sharul Nizam, bolehlah menghubungi Asiah di talian 017-6226025 atau boleh datang ke rumahnya di Kampung Pulau Gadong.

Views:

392
Kongsi :
Previous post Pemandu mabuk didakwa sebabkan kematian penghantar makanan
Next post PKPB: Pengecualian caj RM1 di mesin ATM kekal – Ismail Sabri
Ubah saiz-+=