Tahun Melawat Malaysia 2026 sasar 35.6 juta pelancong asing

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

BANDARAYA MELAKA 31 Disember – Tahun 2026 bakal memangkin sektor pelancongan negara menerusi penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing berkata, penganjuran VM2026 itu bakal menyasarkan 35.6 juta pelancong asing dengan anggaran perbelanjaan domestik sebanyak RM147.1 bilion.

Justeru, kata beliau, kerjasama strategik melibatkan pelbagai pihak, khususnya Kerajaan-kerajaan Negeri, pelbagai kementerian, agensi dan penggiat industri serta sokongan daripada rakyat adalah sangat penting.

“Ini dalam memastikan bahawa program yang dirancang bagi tiga tahun kehadapan mampu memberi impak ekonomi secara optimum, selain dapat memartabatkan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama global,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) & Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama di sini, malam ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Turut hadir, Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Mengulas lanjut, King Sing menggesa semua pihak agar bersama–sama memulakan persiapan yang berstrategi dan efisien dalam mengaktifkan kempen VM2026.

Katanya, ia penting bagi memastikan VM2026 berjaya dan memberi manfaat yang besar kepada negara dan seluruh lapisan masyarakat.

“Sudah tiba masanya untuk kita bersama memberi tumpuan kepada usaha membangun dan menaik taraf pelbagai tarikan pelancongan yang ada di negara ini bagi meningkatkan pasaran industri, termasuk menggalakkan kerjasama setiap negeri dengan MOTAC bagi mendapatkan sumber, perancangan strategi publisiti yang hebat dan tarikan yang boleh digunakan untuk menarik kedatangan pelancong dengan lebih ramai ke negara ini.

“Ini sekali gus dapat membangunkan semula ekonomi negeri malah kepada negara secara keseluruhannya,” tambahnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1190
Kongsi :
Previous post TMM2024 lonjak nama Melaka di mata dunia
Next post Melaka buat persiapan rapi sambut ‘tetamu’ TMM2024
Ubah saiz-+=