Sorting by

×

Tak perlu bentang ‘karpet merah’ – Shahril Hamdan

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

ALOR GAJAH 2 November – “Sebagai anak muda, saya tidak boleh minta dibentangkan karpet merah dalam mana-mana perjuangan politik, ” kata bakal calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Alor Gajah, Shahril Sufian Hamdan.

Beliau yang merupakan antara calon muda disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjanji akan melaksanakan tugas sehabis baik bagi membawa suara anak muda, biarpun terpaksa menentang dua calon ‘heavy-weight’ dari pihak lawan pada PRU kali ini.

Untuk memenangi hati 90,000 pengundi di Parlimen berkenaan, beliau bersama barisan kepimpinan parti di peringkat bahagian akan mengatur strategi sebaik mungkin bagi menawan semula kerusi berkenaan.

“Saya sedar bahawa kerusi ini merupakan kerusi hangat apabila berdepan dengan dua calon ‘heavy-weight’ iaitu bekas Ketua Menteri dan bekas Menteri namun sebagai seorang generasi muda, saya mampu memberi tawaran terbaik khususnya untuk anak muda melakar masa depan yang lebih baik di Alor Gajah.

“Ini cabaran yang tinggi tapi saya hormati lawan saya yang datang bukan dari calang-calang…Saya sedar, sebagai yang datang dari kawasan lain, saya perlukan sokongan dari kepimpinan tempatan untuk masuk gelanggang.

“Saya rasa terharu tapi sedar ini cabaran yang tinggi, apa yang boleh saya buat adalah berusaha,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media diadakan di Pejabat Parlimen BN Alor Gajah, di sini, hari ini.

photo1667384999
SHAHRIL SUFIAN

Semalam, Shahril yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda UMNO telah diumumkan sebagai bakal calon BN Parlimen Alor Gajah pada majlis pengumuman calon BN oleh Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pada PRU15 ini, Shahril bakal berdepan berdepan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) negeri yang juga bekas Ketua Menteri, Adly Zahari bersama Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof mewakili tiket Perikatan Nasional (PN).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5424
Kongsi :
Previous post Abdul Hakim fokus pembaharuan Masjid Tanah
Next post Bawa suara rakyat, fokus pembangunan fasiliti Hang Tuah Jaya
Ubah saiz-+=