‘TAK PERLU LAGI AMBIL CUTI UNTUK URUSAN DI KAUNTER’

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 5 Oktober – Rakyat tidak perlu lagi mengambil cuti hanya semata-mata untuk membuat urusan di kaunter Kerajaan Negeri dan Persekutuan pada waktu tengah hari, kata Lee Han Lim, 44.

Katanya pembukaan kaunter pada waktu tengah hari seperti disarankan Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bakal membawa banyak manfaat kepada rakyat dan orang awam.

“Waktu ini adalah masa untuk golongan bekerja khususnya syarikat swasta untuk keluar membayar cukai, saman dan sebagainya.

“Jadi mereka tidak perlu ambil cuti untuk datang ke kaunter membuat urusan bayaran dan sebagainya, terima kasih kepada Kerajaan Negeri atas inisiatif ini,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Bagi Siti Nor Amieza Zohhani, 32, rakyat tidak lagi perlu terkejar-kejar untuk membuat urusan di kaunter terlibat kerana kini mempunyai lebih masa apabila kaunter kekal dibuka pada waktu rehat.

“Pembukaan kaunter pada waktu rehat tengah hari secara tidak langsung dapat meningkatkan mutu kerja dan perkhidmatan Negeri Melaka.

“Ini satu insiatif melegakan rakyat dan pihak pentadbiran, mungkin sebelum ini proses selesaikan urusan mengambil masa lama, tetapi sekarang boleh disusun dengan lebih cantik,” katanya.

6332368978449644741
LEBIH memudahkan urusan rakyat. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu Nur Naseeha Abd Razak, 35, berkata inisiatif itu dapat memudahkannya untuk membuat pembaharuan lesen syarikat pada waktu tengah hari.

“Saya datang kaunter MBMB untuk urusan pembaharuan lesen syarikat, saya rasa insiatif ini sangat bagus kalau tidak jam 12 tengah hari ada kaunter yang sudah tutup.

“Sekarang waktu orang tengah kerja pun boleh datang kaunter untuk buat pelbagai urusan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5328
Kongsi :
Previous post TUKAR HELMET BAHARU DI ‘AYER LIMAU BERPOLOH’
Next post ‘HIDUPKAN SEMULA’ FASILITI SUKAN KOMUNITI
Ubah saiz-+=