‘Tak perlu minta, dia sendiri datang bantu rakyat’ – penduduk

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

BUKIT BARU 13 November – “Kita jangan minta apa-apa lagi, bagi dia (Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali) menang dahulu di kawasan Hang Tuah Jaya kali ini”.

Itu luahan masyarakat Cina, Chiew Leng Swee, 67, yang mahukan anak tempatan itu yang menjadi calon wakil bagi Parlimen Hang Tuah Jaya dan diberikan peluang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Kita gembira bila dengar Mohd Ridhwan bertanding di sini sebab sudah dua kali kalah kepada parti lain tetapi tiada apa perubahan pun dibuat di kawasan ini

“Ini peluang kita, kita mesti sokong calon kali ini, pendekatan dia sangat baik dan saya percaya dia akan menjaga kebajikan penduduk di sini iaitu komuniti Cina,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini (MHI) di di Taman Harta Pertama di sini, hari ini.

photo1668318694
Pengerusi Persatuan Penganut Ti Chu Kong Teng , Chiew Leng Swee, 67. Foto Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, Yap Ho Cheng, 45, menyifatkan keperibadian Mohd Ridhwan sebagai calon anak muda yang aktif tidak boleh dinafikan.

“Sebelum menjadi calon lagi, beliau (Mohd Ridhwan) memang sentiasa aktif, tak perlu kita minta turun padang tetapi dia sendiri yang rela hati berjumpa rakyat.

“Tidak kisah sama ada majlis perkahwinan, program-program kecil dia akan datang berjumpa dengan rakyat.

“Dia tidak tumpang populariti bapa pun, sejak dulu lagi memang aktif berjumpa rakyat, kadang-kadang jam 2 atau 3 pagi pun bantu kita,” katanya yang menyokong anak tempatan itu menjadi calon BN Parlimen Hang Tuah Jaya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2935
Kongsi :
Previous post Segerakan bina balai bomba baharu di Asahan jika menang – Shahril
Next post Muzik asli perlu diketengahkan kepada golongan remaja – JKKN
Ubah saiz-+=