‘Tak semonggah boto perangai ko jang!’

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SEREMBAN 3 Jun – Taktik dua lelaki cuba membekalkan dadah untuk rakan mereka yang dikuarantin kerana positif COVID-19 dengan memasukkan bahan itu di dalam bungkusan makanan, berjaya dihidu polis yang bertindak menahan mereka semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki tempatan berusia 27 dan 35 tahun terbabit datang ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah COVID-19 (PKRC) di Politeknik Port Dickson bagi memberikan dadah jenis syabu itu kepada rakan mereka.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superintendan Aidi Sham Mohamed

“Hasil pemeriksaan ke atas bungkusan makanan yang dibawa suspek, polis menemukan satu bungkusan plastik mengandungi ketulan berbentuk kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 1.4 gram. Turut dirampas satu tiub kaca dibalut tisu dipercayai alatan menghisap dadah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Aidi Sham berkata berkata ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki berkenaan positif dadah jenis methamphetamine dan kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembangan lain, Aidi Sham berkata pihaknya mengeluarkan 29 kompaun atas pelbagai kesalahan membabitkan pelanggaran prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan setakat semalam.

Antara kesalahan tersebut ialah gagal memakai pelitup muka, berkumpul tanpa penjarakan fizikal dan membawa penumpang melebihi had yang dibenarkan, katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

830
Kongsi :
Previous post Agong ucap tahniah kepada dua kadet bakal sertai Akademi Tentera AS
Next post Catat hampir 300 kes COVID-19, kilang di Batu Berendam diarah tutup
Ubah saiz-+=