
Taman karavan di Sungai Rambai
SUNGAI RAMBAI 2 Februari – Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) dalam perancangan mewujudkan taman karavan (RV Park) di Sungai Rambai, sekali gus menarik kedatangan lebih ramai pelancong ke daerah Jasin.
Yang Dipertua MPJ, Rosemanizam Mohammed Nalif berkata inisiatif itu secara tidak langsung menjadikan Sungai Rambai sebagai kawasan pelancongan baharu pintu sempadan antara Negeri Melaka dan Johor.
“Terdapat tiga fasa yang akan dilaksanakan, pertama Taman Karavan, kedua tapak perkhemahan dan RV sedia dihuni seperti konsep kabin.
“Buat permulaan kita bina taman karavan dahulu, kita akan adakan mesyuarat pada Selasa depan bagi membincangkan mengenai reka bentuk dan tapak karavan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata, lokasi cadangan tapak taman karavan itu juga terletak berhampiran Sungai Kesang popular kerana kejernihan airnya, Dewan Rambai Istana, Laman Rambai Istana, Jambatan Gantung, Medan Selera Kota Budaya, Dataran Kebudayaan, Laman Belia, Pusat Rekreasi Sungai Rambai dan jeti.
Terdahulu Rosemanizam mengadakan lawatan ke Laman Belia Sungai Rambai bagi cadangan pembinaan tapak karavan berkenaan baru-baru ini.
Turut hadir pada lawatan itu, Setiausaha MPJ, Muhammad Zahiruddin Mohd Zahari; wakil ketua jabatan dan ketua unit Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GELOMBANG BIRU MEMUNCAK, BN-PN YAKIN RAIH KELEBIHAN DI MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 November β Gelombang sokongan terhadap Barisan Nasional (BN) di Melaka dilihat semakin mengukuh menjelang hari pengundian Pilihan...
MSPO BUKTI SAWIT MALAYSIA MAMPAN, TANGKIS DAKWAAN NEGATIF INDUSTRI
AYER MOLEK 11 November - Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) menjadi instrumen penting dalam mempertahankan kredibiliti industri sawit negara...
PRN MELAKA: DARI SEJARAH KE MASA DEPAN, AB RAUF SASAR MELAKA JADI HAB PELABUHAN
TANJUNG BIDARA 11 November - Melaka berpotensi mengembalikan kegemilangannya sebagai hab pelabuhan penting negara menerusi pembangunan sektor maritim, berasaskan kedudukan...
PRN MELAKA: JENTERA BERKAMPUNG BANTU MENANGKAN 4 CALON WANITA BN
AYER MOLEK 11 November - Jentera wanita Barisan Nasional (BN) dari seluruh negara termasuk Sabah kini berkampung di Melaka bagi...
PRN MELAKA: WARISAN 600 TAHUN MELAKA DI BELANDA, AB RAUF USAHA BAWA PULANG
TANJUNG BIDARA 11 November - Khazanah sejarah Melaka yang dipercayai berusia lebih 600 tahun tersimpan di Belanda bakal diteliti menerusi...
PELABURAN BUKA PELUANG PEKERJAAN UNTUK RAKYAT MELAKA
AYER LIMAU 11 November - Kemasukan pelaburan ke Melaka bukan sekadar merancakkan pembangunan ekonomi negeri, malah berupaya membuka lebih banyak...
