Sorting by

×

TAMAN REKREASI MADANI RUANG RIADAH MESRA KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 30 April – Pembangunan Taman Rekreasi MADANI (TRM) di Dataran Sejarah Ayer Keroh dijangka akan menghidupkan lagi kawasan berkenaan dengan pelbagai aktiviti riadah dan mesra komuniti.

Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datuk Sapiah Haron berkata, TRM adalah elemen utama dalam projek naik taraf dataran berkenaan.

Menurutnya, TRM direka sebagai ruang santai berkonsepkan komuniti yang menampilkan elemen lanai seni, sekali gus menyediakan persekitaran lebih kondusif untuk aktiviti riadah dan sosial.

“Dataran Sejarah Ayer Keroh kini dalam proses naik taraf dan kita memberi penekanan kepada pembangunan lanai seni, termasuk TRM yang menjadi antara komponen utama.

“Apabila siap kelak sekitar pertengahan Jun 2026, TRM ini bukan sahaja menyediakan kemudahan seperti laluan pejalan kaki, tempat rehat, wakaf dan taman bunga, malah berpotensi menjadi lokasi tumpuan baharu orang ramai untuk beriadah,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Tambahnya, kewujudan TRM dijangka melengkapi kemudahan sedia ada di kawasan tersebut yang sememangnya sudah popular dalam kalangan pengunjung, selain Taman Botanikal Melaka.

“Dengan penambahan fasiliti lebih tersusun dan menarik, kita yakin kawasan ini akan terus menjadi pilihan utama masyarakat setempat dan pelancong untuk beriadah bersama keluarga.

“Orang ramai dijemput untuk datang dan menikmati kemudahan yang disediakan sebaik sahaja projek ini siap nanti,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

357
Kongsi :
Previous post SK MALIM JOHAN BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN